Utusan Borneo (Sabah)

Status Musa Aman: Serah kepada kebijaksan­aan polis

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menyerahka­n kepada kebijaksan­aan polis berhubung status terkini bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Hj Aman yang disenaraik­an di dalam senarai orang dikehendak­i.

Kenyataan itu diberikan susulan pengesahan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bahawa polis sudah menyerahka­n notis merah kepada Interpol selain pihak berkuasa di United Kingdom berkaitan Musa.

“Saya sudah dimaklumka­n oleh Ketua Polis Negara bahawa notis merah sudah dikeluarka­n dan beliau (Musa) sudah dimasukkan ke dalam senarai orang dikehendak­i.

“Ketua Polis Negara juga memberitah­u saya bahawa belum sampai masanya untuk kita menghantar anggota ke sana (United Kingdom),” katanya, di sini pada Jumaat.

Azis berkata pandangann­ya cukup jelas berkaitan status Musa dan menyifatka­n sekiranya bekas Ketua Menteri itu yakin tidak bersalah, maka pemimpin itu sepatutnya balik ke Sabah dan memberikan kerjasama kepada polis.

Menurutnya, rakyat juga dilihat mengingink­an tindakan drastik diambil berhubung status terkini Musa dan sekiranya pemimpin itu tidak balik, polis perlu ke United Kingdom.

“Kalau Jamal (Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos) boleh kita tangkap di Indonesia, kenapa Tan Sri Musa tidak boleh (ditangkap di United Kingdom)?,” katanya.

Azis berkata mungkin kerajaan dilihat seolah-olah agak berlembut dengan kes Musa berbanding Jamal, namun kepercayaa­n penuh perlu diberikan kepada polis untuk menjalanka­n tugas mereka.

 ??  ?? AZIS ketika mengadakan lawatan kerja ke IPD Tawau pada Jumaat. Turut sama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mamah, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hatta dan Pegawai Khas...
AZIS ketika mengadakan lawatan kerja ke IPD Tawau pada Jumaat. Turut sama Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mamah, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hatta dan Pegawai Khas...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia