Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks diiktiraf koperasi ketiga terbaik di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja - Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) diiktiraf sebagai koperasi ketiga terbaik di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Kopeks Buvil Angkui berkata, pengiktira­fan itu diperoleh berdasarka­n pencapaian cemerlang koperasi berkenaan.

“Kopeks adalah koperasi terbaik dari segi perolehan dan pendapatan yang mana kita memperoleh 2 juta setahun.

“Malah, kita juga memiliki keanggotaa­n paling ramai iaitu 9,500 orang di seluruh Sabah, termasukla­h di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kopeks, di sini pada Jumaat.

Bagi peringkat kebangsaan pula, Buvil berkata, Kopeks juga tersenarai sebagai koperasi terbaik dengan mendapat tempat ke-26 di antara 100 koperasi yang berdaftar.

Katanya, melalui pencapaian terbaik itu juga, pihaknya turut membayar keuntungan sebanyak 15 peratus dividen kepada semua ahli koperasi berkenaan.

Justeru, beliau berharap agar anggota Kopeks terus memberi sokongan padu dalam mengekalka­n seterusnya meningkatk­an pencapaian koperasi berkenaan.

Terdahulu, seramai 1,500 anggota Kopeks hadir memeriahka­n majlis sambutan Aidilfitri yang diadakan secara besarbesar­an di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hadir sama ialah Pengerusi Kopek s Datuk M a z nah G h ani dan Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Umar Sarim Saidin.

 ??  ?? BUVIL (lima, kiri) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir. Kelihatan Umar (lima, kanan) dan Maznah (empat, kanan).
BUVIL (lima, kiri) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir. Kelihatan Umar (lima, kanan) dan Maznah (empat, kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia