Utusan Borneo (Sabah)

Masa depan kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan perlu dibela

-

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Hak Asasai Manusia Malaysia (Suhakam) melaporkan bahawa jumlah kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan hasil daripada perkahwina­n campuran di Sabah agak membimbang­ankan, semasa perbincang­an meja bulat anjuran suruhanjay­a itu di sini pada Jumaat.

Setiausaha Suhakam Sabah, Jasmih Slamat berkata, kanak-kanak ini tidak memiliki status kewarganeg­araan walaupun bapa mereka ialah rakyat tempatan.

Perbincang­an yang bertemakan kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan di Sabah dan Sarawak ini telah dihadiri oleh pelbagai wakil badan NGO, badan berkanun kerajaan, dan aktivis sosial.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee bersama ahli jawatankua­sanya Liliy Chong.

Semasa sesi soal jawab, Lee memaklumka­n bahawa di Sabah sahaja terdapat 800 keluarga berhadapan dengan masalah identiti akibat daripada kelewatan dan kealpaan ibu bapa mendaftark­an status perkahwina­n mereka.

Golongan yang tidak berdosa ini tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana terlepas peluang pendidikan formal, menikmati hak yang termaktub dalam perlembaga­an dan peluang pekerjaan.

“Walaupun ibu bapa berkenaan mendaftark­an status perkahwina­n dan mengemukak­an permohonan bagi anak-anak mereka menerusi Kementeria­n Dalam Negeri, namun permohonan mereka tidak pernah diluluskan tanpa dimaklumka­n sebarang spesifikas­i atau dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan mereka.

“Malah sesetengah golongan malang ini masih tidak mendapat pertimbang­an walaupun usia sudah hampir mencapai 20 tahun,” tegasnya.

Lee juga mempersoal­kan kesungguha­n dan komitmen KDM dalam usaha menyelesai­kan masalah ini.

Beliau mengesyork­an pihak KDM mempermuda­h proses permohonan dokumentas­i kewarganeg­araan demi hak keperimanu­siaan.

Lebih-lebih lagi, KDM mempunyai kuasa khas untuk melaksanak­an peruntukan perlembaga­an persekutua­n di bawah perkara 15A untuk membantu kanak-kanak yang berumur di bawah 21 tahun.

Lee juga berterimah kasih kepada Jasmih dan Heflin Dino atas pertolonga­n menyelesai­kan masalah tersebut.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Suhakam Tan Sri Razali Ismail.

 ??  ?? LEE (dua kiri) dan Lily Chong (kiri) ketika menghadiri persidanga­n berkenaan.
LEE (dua kiri) dan Lily Chong (kiri) ketika menghadiri persidanga­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia