Utusan Borneo (Sabah)

Beri laluan individu berkaliber

Pengerusi syarikat berkaitan GLC kerajaan dahulu digesa letak jawatan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Semua pengerusi syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) daripada kerajaan terdahulu digesa meletakkan jawatan yang dipegang bagi memberi laluan kepada individu berkaliber untuk memimpin setiap GLC di negeri ini.

Naib Ketua Wira Sabah Ismail Haji Ayob (gambar) berkata, mereka digesa meletakkan jawatan bukan kerana usaha kerajaan baharu (Warisan) mahu memasukkan individu tertentu ke dalam setiap jabatan dan agensi terbabit, sebaliknya demi memastikan GLC yang ada di negeri ini dapat ditadbir oleh individu yang lebih cekap.

“Selepas pilihanray­a umum pada 9 Mei lalu, kerajaan negeri telah diambil alih oleh Warisan dan sudah tentu Pengerusi dari setiap GLC di negeri ini yang dilantik oleh kerajaan terdahulu perlu meletakkan jawatan secara tehormat bagi memberi laluan kepada individu yang layak memimpin GLC di negeri ini.

“Walaupun mereka membawa masuk pelaburan berbilion ringgit atau mendapatka­n projek di sana sini untuk negeri ini, tapi apa yang boleh mereka buat bila rakyat jelata sudah menolak kerajaan yang lantik mereka?” soalnya.

Beliau turut menyuaraka­n keyakinan dengan pelantikan baharu Pengerusi yang berintergr­iti dan lebih berhemah, pentadbira­n setiap GLC yang ada di negeri ini akan lebih baik dan diyakini mampu memacu keuntungan yang lebih pada masa akan datang.

“Kita hanya mahu mereka meletak jawatan dengan kadar segera kerana sekiranya mereka masih memegang jawatan Pengerusi tetapi tidak menjalanka­n tugas, ia akan membantutk­an setiap perancanga­n setiap GLC khususnya dalam membantu pembanguna­n negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia