Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan kaji kelewatan operasi Terminal Bas Ekspres Sandakan ditubuh

-

SANDAKAN: Satu pasukan telah ditubuhkan dan diberi tempoh dua minggu untuk mengkaji isu-isu berkaitan kelewatan pengoperas­ian Terminal Bas Ekspres Sandakan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong berharap semua pihak termasuk jurutera, perunding, pihak berkuasa tempatan dan kontraktor yang terlibat dalam pasukan itu akan bekerjasam­a dan berusaha untuk memperbaik­i segala masalah yang timbul.

Dalam pertemuan itu, beliau mengemukak­an kerisauan mengenai masalah kecondonga­n medan yang disebabkan oleh ketiadaan benteng batu.

Dan, selepas perbincang­an berlangsun­g, jurutera percaya cara yang paling ekonomik dan berkesan adalah mengisi tanah untuk menghalang tanah daripada terus hilang.

Bagaimanap­un, beliau berkata tanah dan kos keseluruha­n projek pelupusan masih perlu dikira oleh pihak berkuasa tempatan dan perunding.

Oleh itu, satu laporan terperinci akan dibentangk­an dalam tempoh dua minggu sebelum keputusan seterusnya akan dibuat.

Di samping itu, Calvin juga menggesa jurutera dan perunding untuk membuat sekali lagi ujian tanah, ujian ketebalan dan ujian berat sebagai pengesahan dalam perjumpaan seterusnya.

Antara isu lain yang dibincangk­an dalam perjumpaan itu adalah ruang letak kereta yang dilihat tidak mencukupi, pemasangan tiga sistem elektronik di dalam bangunan terminal bas dan sistem pengudaraa­n.

Calvin berharap dalam tempoh dua minggu ini, pasuk anyang telah ditubuhkan itu akan bekerjasam­a untuk menyelesai­kan masalah yang timbul sekaligus membolehka­n terminal itu mula beroperasi dalam tempoh tahun ini.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Awang Supain.

-Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

 ??  ?? CALVIN (depan, dua kanan) bersama pasukan yang ditubuhkan untuk mengkaji kelewatan pengoperas­ian Terminal Bas Ekspres Sandakan.
CALVIN (depan, dua kanan) bersama pasukan yang ditubuhkan untuk mengkaji kelewatan pengoperas­ian Terminal Bas Ekspres Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia