Utusan Borneo (Sabah)

Banduan kena 11 tahun, dua sebat

Atas kesalahan rompak bersenjata

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang banduan warga asing dikenakan penjara 11 tahun dan dua sebat, atas kesalahan melakukan rompak bersenjata.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rosly Abaha, 23, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh merompak seorang juruwang dan merampas RM1,330.25 milik sebuah kedai serbaneka, pada 24 Jun jam 4.49 pagi, di kedai 24 Jam Orange Oceanus Waterfront, di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama, pemenjaraa­n selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim, pada hari kejadian pengadu didatangi tertuduh yang berpura-pura membeli sebungkus gula-gula.

Sewaktu melakukan pembayaran, tiba-tiba tertuduh mengeluark­an sebilah pisau lalu mengacukan kepada pengadu, dan mengarahka­n mesin wang dibuka.

Pengadu bersama rakannya yang bimbang melakukan seperti yang diarahkan, setelah mengambil wang, tertuduh segera melarikan diri.

Satu laporan polis dibuat pengadu, sejurus kejadian terbabit berlaku.

Pada 27 Jun jam 7.30 pagi, tertuduh berjaya ditangkap polis di tepi Jalan Kampung Bakau, Likas, di sini.

Semasa siasatan, tertuduh mengaku terlibat dalam kejadian rompakan terbabit, semasa kawad cam dijalankan pengadu dan rakannya dapat mengenal pasti tertuduh.

Ketika rayuan, Rosly yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, kerana

ROSLY (kanan) diiringi anggota polis.

mempunyai dua anak dan seorang isteri.

Tertuduh juga meminta agar tempoh pemenjaran­nya berjalan serentak, dengan hukuman yang dijalani sekarang.

Sebelum ini, tertuduh dikenakan pemenjaraa­n selama tempoh lapan tahun dan satu sebat, atas kesalahan sama.

Husna menegaskan, kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius kerana menggunaka­n senjata, semasa melakukan rompakan.

“Hal ini menyebabka­n ketakutan dan menimbulka­n trauma kepada mangsa. Jenayah seperti ini sering berlaku.

“Tertuduh juga mempunyai rekod kesalaham lampau berkaitan dengan kesalahan yang serupa,” katanya.

Tambahnya, tertuduh tidak mempunyai dokumen yang sah untuk tinggal di negara ini.

“Mohon hukuman berjalan berasingan dan bermula dari tarikh sabitan. Setelah itu tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen,” tegasnya.

Azreena memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman terbabit secara berasingan, tamat tempoh pemenjaraa­n, tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia