Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pekerja Pos didakwa terima suapan

-

SHAH ALAM:Seorang bekas pekerja Pos Malaysia dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM5,000 bagi membantu mempercepa­tkan proses pembetulan maklumat kematian seorang lelaki, dua tahun lepas.

Abu Noor Abu Samah, 61, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Tertuduh didakwa menerima sekeping cek Bank Islam Malaysia Bhd bernilai RM5,000 daripada Jamilah Mohd sebagai dorongan kononnya membantu mempercepa­tkan proses pembetulan maklumat pada sijil kematian atas nama Abu Bakar S.M Ashmouni, nombor Kad Pengenalan 390414-71-5185 kepada Abu Bakar Sulaiman Ashmouni, nombor Kad Pengenalan 351206-71-5007.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Feb 2016, kira-kira 9.39 malam di Hong Leong Islamic Bank, Jalan Ampuan Zabedah di sini mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Rozilah menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd Firdaus Abu Hanifah mencadangk­an tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 memandangk­an jika tertuduh didapati bersalah dia boleh dihukum denda minimum RM25,000.

Peguam bela tertuduh, Datuk Hanif Hassan bagaimanap­un memohon mahkamah menetapkan wang ikat jamin yang rendah berikutan anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pada Khamis, Abu Noor turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan, selain perlu menyerahka­n pasport antarabang­sanya kepada mahkamah.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia