Utusan Borneo (Sabah)

Najib mohon tarik balik saman terhadap Tony Pua

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menarik balik kes samannya terhadap Anggota Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee berhubung klip video membabitka­n pembentang­an Rang UndangUnda­ng Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata, bagaimanap­un Pua yang diwakili peguam Tan Ch’eng Leong membantah permohonan Najib untuk menarik balik saman itu atas alasan Pua telah mendapat kebenaran untuk merayu daripada Mahkamah Persekutua­n berhubung perintah injunksi yang diperoleh Najib dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam memberitah­u pemberita bahawa oleh itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 26 Julai untuk hujahan sama ada pihak defendan (Pua) boleh membantah permohonan Najib untuk menarik balik saman itu.

“Najib mahu menarik balik saman itu tetapi defendan membantah kepada permohonan menarik balik saman itu. Jadi bolehkah defendan menghalang kami manarik balik (saman) atau tidak,” katanya sambil menambah tidak pernah diketahui beliau ada defendan yang membantah permohonan plaintif untuk menarik balik saman.

Beliau berkata tarikh pendengara­n bagi rayuan Pua di Mahkamah Persekutua­n itu masih belum ditetapkan

Pua dalam rayuannya mempersoal­kan mengenai notis kehakiman Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa Najib tidak melakukan kesalahan membabitka­n isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan notis kehakiman itu dipersoalk­an kerana ia membabitka­n kepentinga­n awam dan boleh menjejaska­n kes saman yang lain.

Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Pua untuk membatalka­n injunksi sementara diperoleh Najib yang melarangny­a (Pua) daripada terus menerbitka­n kenyataan dan klip video fitnah terhadap bekas perdana menteri itu, mengambil kira notis kehakiman berhubung kedudukan Najib dalam kes 1MDB.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata mahkamah berpendapa­t dan mengambil kira notis kehakiman bahawa secara faktanya Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam isu membabitka­n 1MDB dan mengambil maklum bahawa keseluruha­n isu berkenaan telah diteliti dan disiasat oleh Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurut panel itu, siasatan turut dilakukan oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang keputusann­ya diumumkan kepada orang ramai oleh AGC bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berkaitan 1MDB.

Pada 4 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Najib untuk mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang Pua daripada terus menerbitka­n kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnahn­ya (Najib).Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia