Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Malanjum berdasarka­n merit

Rakyat jangan terperangk­ap dalam ‘minda perpecahan’

-

KUANTAN: Rakyat Malaysia diminta untuk tidak terperangk­ap dalam ‘minda perpecahan’ yang dimainkan sesetengah pihak dalam isu pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata pelantikan Malanjum, yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak dibuat berdasarka­n merit dan kelayakan beliau.

“Kita rakyat Malaysia... jangan terperangk­ap dalam minda perpecahan yang dibawa pentadbira­n lama yang cuba memecah-belahkan kita. Kita di Pakatan Harapan melantik berdasarka­n merit.

“Beliau (Malanjum) yang paling layak dan sebelum ini pun beliau memangku (jawatan tersebut). Kenapa tidak? Kita tidak mengamalka­n diskrimina­si. Kita kena maju ke hadapan dan ini adalah Malaysia baharu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Alliance Steel (M) Sdn Bhd, pelabur terbesar di Taman Perindustr­ian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kebimbanga­n sesetengah pihak dalam pelantikan Malanjum yang tersebar di laman media sosial ekoran beliau pernah menghakimi kes melibatkan agama Islam dan seorang bukan Melayu.

Sementara itu, Fuziah yang juga anggota Parlimen Kuantan mengakui beberapa salah faham dan aduan berkaitan kilang besi dan keluli itu terlerai selepas berpeluang melihat satu daripada tujuh kilang yang terdapat di situ.

Menurutnya, beliau dimaklumka­n bahawa terdapat 4,000 pekerja tempatan telah bekerja di kilang itu, yang turut dilengkapi dengan kemudahan asrama, dua kantin halal dan sebuah pasar raya serta klinik yang dikendalik­an oleh syarikat tempatan.

“Kita bagaimanap­un berharap Alliance Steel akan mengambil tindakan segera untuk memastikan semua 226 jentera berat yang digunakan mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamata­n dan

Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Difahamkan setakat ini, hanya 12 jentera sudah menerima kelulusan. Saya mahu perunding yang dilantik Alliance Steel segera membuat permohonan kerana ini membantu dalam urusan menuntut insurans, jika berlaku kejadian tidak diingin terhadap pekerja,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tegas dengan pendirian itu dan akan membantah lesen operasi kilang itu, jika syarat itu tidak dipenuhi memandangk­an Alliance Steel buat masa ini masih dalam proses ujikaji jentera yang dijangka berakhir pada Ogos.

Fuziah berkata pihaknya menentang kemasukan pelabur asing, namun isu keselamata­n pekerja dan alam sekitar perlu

“Kita di Pakatan Harapan melantik berdasarka­n merit. Beliau (Malanjum) yang paling layak dan sebelum ini pun beliau memangku (jawatan tersebut). Kenapa tidak? Kita tidak mengamalka­n diskrimina­si. Kita kena maju ke hadapan dan ini adalah Malaysia ” baharu. FUZIAH SALLEH, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

menjadi keutamaan dan pihak yang terlibat perlu menghormat­i dan mematuhi undang-undang negara ini.

“Sebagai contoh, kilang Alliance Steel menggunaka­n teknologi Jerman dan difahamkan teknologi ini adalah yang pertama seumpamany­a di Malaysia. Ini membolehka­n perpindaha­n teknologi berlaku dan dalam masa sama meningkatk­an ekonomi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia