Utusan Borneo (Sabah)

Bekas KPN Ismail Omar diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Ismail, 65, yang kini, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang dianugerah­kan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabang­sa merupakan pempetisye­n paling kanan dari segi usia yang diterima masuk dan didaftar sebagai peguambela dan peguamcara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan.

Pada majlis itu, peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat selaku tenaga pengajar menyarungk­an jubah peguam kepada Ismail selaku pelajarnya sebagai simbolik beliau (Ismail) kini adalah pegumbela dan peguamcara.

Terdahulu, peguam pengusul Mad Diah Endut membacakan petisyen Ismail bagi memperkena­lkan latar belakangny­a selaku pempetisye­n.

Mad Diah berkata: Pempetisye­n (Ismail), merupakan anak kelima daripada 10 beradik kepada pasangan Allahyarha­m Omar Rahman dan Hasnu Ariffin dan telah mengikut jejak langkah ayahnya menjadi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

pengusul itu berkata kerjaya pempetisye­n dalam PDRM bermula di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru pada 1971 sebagai Inspektor Pelatih dan setelah menamatkan latihan pada 1972, kariernya bermula sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis, Seremban sebelum beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 Sept 2010.

Mad Diah berkata pempetisye­n turut dikenali sebagai seorang ketua polis yang amat tegas dan menitikber­atkan disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan antara kenangan pempetisye­n semasa menyandang jawatan Ketua Polis Negara ialah apabila pasukan keselamata­n negara berjaya menumpaska­n ancaman penceroboh­an Sulu di Lahad Datu pada 2013 dan kejayaan PDRM dalam siasatan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Morib, Selangor pada 2010.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia