Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan pendatang dibenar turun dari kapal pengawal pantai Itali

-

TRAPANI: Puluhan pendatang dibenarkan untuk mendarat dari sebuah kapal pasukan pengawal pantai Itali di Sicily lewat kelmarin, selepas mereka ditahan di pelabuhan kerana sebahagian daripada mereka disyaki ter-babit dalam satu dahagi yang dilaporkan sebelum ini.

Anggota polis dan pengawal pantai mengiringi beberapa pendatang turun dari kapal “Diciotti”, menurut seorang pemberita AFP di lokasi, manakala media Itali me-nunjukkan mereka menaiki beberapa bas hitam yang menunggu mereka di atas bagan.

Pendatang seramai 67 orang itu – termasuk tiga wanita dan enam kanakkanak – sebelum itu ditahan di pelabuhan di Trapani selepas perbalahan berlaku berhubung laporan bahawa beberapa orang dalam kumpulan itu memberonta­k selepas mereka di-selamatkan, kerana bimbang mereka akan dihantar pulang ke Libya.

Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte berkata awal malam kelmarin mereka akan dibenarkan untuk turun dari bot selepas prosedur identifika­si sudah dicapai “khususnya bagi mereka yang mungkin telah melakukan jenayah”.

Pada mulanya diselamatk­an oleh sebuah kapal bekalan “Vos Thalassa” pada hujung minggu lepas, pendatang terbabit seterusnya dipindah-kan ke sebuah kapal pengawal pantai selepas kakitangan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa di Rom.

Menurut media Itali, kelasi di atas kapal “Vos Thalassa” mengunci diri di dalam bilik kawalan dan meminta bantuan selepas dua pendatang dengan telefon bimbit dan GPS menyedari bot itu menuju balik ke Libya di selatan, yang mencetuska­n kemarahan daripada segelintir orang di atas kapal.

Pendatang yang cuba sampai ke Eropah tidak mahu kembali ke Libya di mana mereka berdepan penderaan dan pencabulan di pusat tahanan.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan berhubung migrasi meningkat di Eropah, dan 28 menteri dalam negeri Kesatuan Eropah (EU) bermesyuar­at kelmarin di bandar raya Innsbruck, Austria, untuk sidang kemuncak yang memberi tumpuan kepada usaha merangka pelan migrasi yang umum.

Menteri Dalam Negeri Itali yang berhaluan kanan ekstrem, Matteo Salvini – yang ada kuasa ke atas pelabuhan di negara itu – pada mulanya enggan membenarka­n kapal “Diciotti” untuk berlabuh, walaupun sebelum ini pernah menyatakan pelabuhan akan terus dibuka kepada kapal pengawal pantai dan tentera laut Itali yang membawa pendatang.

“Jika keganasan ada berlaku (di atas kapal “Vos Thalassa”), pesalah akan pergi ke penjara dan jika tiada keganasan berlaku, kerana seseorang berbohong, maka mereka (yang dikatakan berbohong) akan menanggung akibatnya,” kata Salvini – yang juga ketua parti Liga yang berhaluan kanan ekstrem – dalam acara sampingan di sidang kemuncak Austria.

Menurut media Itali, kemelut itu berjaya diselesaik­an selepas panggilan diterima selepas tengah hari daripada Presiden Sergio Mattarella kepada Conte.

Sekumpulan badan kebajikan, termasuk Unicef dan Save the Children, terdahulu mengeluark­an satu kenyataan bersama untuk menuntut pendaratan “pelarian dan pendatang, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang sudah berada di laut selama empat hari”.

Walaupun jumlah pendatang yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan sudah menurun dengan ke-tara sejak kemuncakny­a pada 2015, isu itu masih amat kontrovers­i di Eropah, dan sidang kemuncak di Austria sedang membincang­kan cadangan baharu yang sukar tetapi gagal untuk mencapai persetujua­n yang kukuh.

Salvini, yang mahu menghalang ketibaan pendatang di pantai Itali, sudah melarang bot penyelamat kebajikan yang beroperasi di Laut Mediterran­ean daripada berlabuh di Itali, dan menuduh mereka membantu pedagang manusia untuk membawa pendatang ke Eropah.

Kes kapal “Diciotti” turut mengetenga­hkan perpecahan dalam kerajaan per-ikatan Itali, yang dianggotai Liga dan Pergerakan Lima Bintang pimpinan Luigi Di Maio di mana kumpulan pinggiran haluan kiri menentang penutupan pelabuhan Itali. — AFP

 ??  ?? PENDATANG (dua dari kiri dan dua dari kanan) turun dengan diiringi oleh anggota polis dari kapal pengawal pantai Itali ‘Diciotti’ yang berlabuh di pelabuhan Trapani, Sicily kelmarin. — Gambar AFP
PENDATANG (dua dari kiri dan dua dari kanan) turun dengan diiringi oleh anggota polis dari kapal pengawal pantai Itali ‘Diciotti’ yang berlabuh di pelabuhan Trapani, Sicily kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia