Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pemain NFL akan dibicara atas tuduhan culik, rogol

-

LOS ANGELES: Bekas pemain National Football League (NFL) Kellen Winslow II mesti menghadapi perbicaraa­n atas tuduhan jenayah menculik dan merogol dua wanita, seorang hakim di California memutuskan kelmarin, manakala Winslow turut didakwa atas tuduhan merogol seorang gadis remaja yang pengsan 15 tahun lalu.

Pada hari kedua pendengara­n praperbica­raan di Vista, California, Hakim Mahkamah Tinggi Harry Elias memutuskan bukti mencukupi untuk membicarak­an Winslow atas dakwaan menculik dan merogol seorang pengembara tumpang wanita berusia 54 tahun dan seorang wanita gelandanga­n berusia 58 tahun pada awal tahun ini.

Winslow juga berdepan dengan satu tuduhan meliwat, satu tuduhan ringan mendedahka­n diri secara tidak senonoh dan dua tuduhan ringan menceroboh.

Tuduhan menceroboh dibuat kerana dia didakwa memasuki rumah wanita yang dia ingin rogol.

Winslow mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut. Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.

Timbalan Peguam Daerah Dan Owens berkata dalam hujah penutupan di pendengara­n praperbica­raan bahawa DNA mengaitkan Winslow dengan wanita berusia 54 tahun yang mendakwa Winslow merogolnya selepas Winslow memberi tumpangan kepadanya.

Dia tidak dapat mengecam Winslow di mahkamah pada Rabu lepas, sama seperti dua lagi wanita yang mendakwa diri menjadi mangsanya.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak AS$2 juta (RM7.4 juta) ke atas Winslow dan mengarahka­n sebagai syarat bagi ikat jamin, dia terus diletakkan di bawah tahanan rumah dengan pemantauan GPS.

Winslow akan mengadakan pendengara­n awal ke atas tuduhan baharu pada Ogos.

Owens memetik undangunda­ng California yang mengetepik­an statut pembatasan dalam kes rogol membabitka­n mangsa bawah umur untuk mengenakan tuduhan tambahan.

Winslow kali terakhir bermain dalam NFL pada 2013 untuk pasukan New York Jets. Dia digantung untuk empat perlawanan pada musim itu di bawah dasar dadah peningkat prestasi dalam liga tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia