Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis Hong Kong memperinga­ti kematian Liu Xiaobo

-

HONG KONG: Aktivis Hong Kong mengikat reben hitam pada pagar pejabat kerajaan China di bandar raya itu semalam untuk menandakan setahun sejak kematian penentang Nobel, Liu Xiaobo, dalam taha-nan.

Liu, seorang veteran protes di Dataran Tiananmen pada 1989, mati akibat kanser hati ketika beliau menjalani hukuman penjara selama 11 tahun kerana kesalahan “subversi” di tanah besar.

Puluhan aktivis prodemokra­si berhimpun di luar pejabat perhubunga­n China di bandar raya separa autonomi itu, sebelum acara peringatan awam yang lebih besar berlangsun­g pada sebelah malam.

Acara peringatan itu diadakan tiga hari selepas balu Liu, Liu Xia, tiba di Jerman untuk menamatkan tahanan rumah hakiki selama lapan tahun di Beijing.

Aktivis menampal sebuah gambar Liu Xiaobo pada dinding di luar pejabat perhubunga­n berkenaan dan mengikat reben hitam pada pagar di sana.

Kumpulan itu turut menuntut pembebasan aktivis demokrasi terkemuka di China, Qin Yongmin, yang dipenjara selama 13 tahun di tanah besar pada Rabu lepas kerana “mencabar kuasa kerajaan”.

Mereka juga menuntut pembebasan peguam yang ditangkap dalam “tindakan 709” pada 2015, yang menandakan tindakan terbesar dalam sejarah ke atas profesion guaman di China.

“Kerajaan China membebaska­n Liu Xia pada Selasa lepas, kemudian memenjarak­an Qin Yongmin pada Rabu,” kata aktivis demokrasi veteran Leung Kwok-hung, yang dikenali sebagai ‘Si Rambut Panjang’.

“Jadi membebaska­n Liu Xia adalah satu tindakan untuk mengeliruk­an rakyat dan berpura-pura menunjukka­n belas kasihan,” katanya kepada pemberita.

Penggubal undang-undang prodemokra­si Kwok Ka-ki menuntut kebebasan untuk bersuara dan pilihan raya di China, seperti yang diperjuang­kan oleh Liu Xiaobo.

Beliau berkata pembebasan Liu Xia oleh China adalah satu usaha untuk memikat hati sekutu di Eropah selepas mendepani perang dagangan dengan Amerika Syarikat.

Pemimpin Hong Kong Carrie Lam dikecam oleh aktivis demokrasi selepas beliau menyifatka­n pembebasan Liu Xia sebagai satu “tindakan kemanusiaa­n”.

Penggubal undang-undang prodemokra­si Claudia Mo menyoalnya berhubung kenyataan itu dalam satu perbahasan yang hangat dalam dewan undangan ne-geri kelmarin, dan bertanya kepada Lam sama ada beliau adalah seorang “penyembah Beijing” ataupun tidak.

Liu Xiaobo ditangkap pada hujung 2008 selepas beliau sama-sama menulis Piagam 08, satu petisyen dalam tali-an yang diedarkan dengan meluas untuk menuntut reformasi politik di negara yang diperintah oleh Parti Komunis itu.

Manifesto yang berani itu, yang ditandatan­gani lebih 10,000 orang selepas ia disebarkan dalam talian, menuntut perlindung­an bagi hak asasi manusia dan reformasi kepada sistem satu parti di China.

Liu Xia tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi mengalami sekatan ketat ke atas pergerakan­nya dan sentiasa diawasi sejak 2010 apabila suaminya memenangi Hadiah Keamanan Nobel, yang menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa China. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKTIVIS prodemokra­si termasuk ‘Si Rambut Panjang’ (kiri) berhimpun di luar pejabat perhubunga­n China di Hong Kong semalam untuk menandakan ulang tahun pertama kematian Liu Xiaobo.
— Gambar AFP AKTIVIS prodemokra­si termasuk ‘Si Rambut Panjang’ (kiri) berhimpun di luar pejabat perhubunga­n China di Hong Kong semalam untuk menandakan ulang tahun pertama kematian Liu Xiaobo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia