Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Jepun janji bantuan tambahan untuk mangsa banjir

-

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam berjumpa dengan mangsa yang selamat daripada hujan lebat yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 204 orang dalam banjir kilat dan kejadian tanah runtuh, manakala kerajaan menjanjika­n bantuan tambahan.

Bilangan kematian akibat hujan terburuk dalam sejarah Jepun itu terus meningkat, selepas penyelamat menggali puing dan menjumpai mayat puluhan orang yang dilaporkan hilang.

Jurucakap tertinggi kerajaan Yoshihide Suga semalam berkata bilangan kematian kini sebanyak 204 manakala 28 lagi masih hilang.

Kira-kira 73,000 penyelamat termasuk anggota polis dan tentera “sedang berusaha sekeras mungkin, dengan keutamaan untuk menyelamat­kan nyawa”, katanya.

Abe, yang pada awal minggu ini membatalka­n satu lawatan asing, melawat buat kali kedua kawasan yang dilanda bencana.

Rakaman televisyen menunjukka­n beliau melawat Seiyo dalam daerah Ehime, di mana beliau melawat rumah yang rosak dalam bencana dan bercakap dengan penduduk yang cuba melakukan kerja pembersiha­n.

Pada pagi semalam, ketika beliau bertemu dengan pasukan petugas kerajaan bagi bencana itu, Abe menjanjika­n bantuan baharu.

Kerajaan sudah menyatakan ia akan menggunaka­n kira-kira AS$18 juta (RM67 juta) dalam dana simpanan daripada bajet pada tahun ini, dan Abe berkata AS$312 (RM1.15 bilion) dalam geran cukai akan dibayar awal kepada kerajaan tempatan di kawasan terjejas.

“Saya mahu kerajaan tempatan di kawasan yang dilanda bencana untuk berusaha sedaya upaya bagi bantuan kecemasan dan pembinaan semula, tanpa ragu-ragu untuk berbelanja,” katanya.

Kos kewangan daripada bencana itu masih dikira, tetapi kementeria­n pertanian semalam berkata ia mempunyai kerugian yang dinilai sekurang-kurangnya AS$207 juta (RM766 juta).

Angka itu kemungkina­n akan meningkat lagi apabila operasi pembersiha­n diteruskan dan skala kerosakan menjadi jelas.

Ia “mungkin hanya sebahagian kecil sahaja, kerana kita masih belum dapat pergi dan memeriksa bendang,” kata pegawai kementeria­n Yasuhisa Hamanaka.

Menteri Pertanian Ken Saito berkata kos sayur-sayuran sudah melonjak di antara 1030 peratus dan kementeria­nnya akan “memantau dengan dekat” kenaikan harga.

Jumlah kematian yang begitu tinggi dalam bencana berkaitan cuaca yang kini terburuk di Jepun sejak tiga dekad yang lalu telah menimbulka­n persoalan mengenai sama ada pihak berkuasa bersiap sedia dengan baik dan bertindak dengan berkesan ataupun tidak.

Akhbar harian berbahasa Inggeris Japan Times berkata banjir yang melanda satu daerah Kurashiki dalam wilayah Okayama menepati ramalan yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun “perintah evakuasi dikeluarka­n oleh kota itu kepada penduduk di beberapa kawasan dalam daerah berkenan hanya beberapa minit sahaja sebelum tambak dilimpahi”, kata akhbar itu dalam satu tulisan pengarang.

“Kita perlu meneliti benteng pertahanan kita daripada bencana sedemikian, mengenal pasti kelemahan dan memperbetu­lkannya”. — AFP

 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? ABE (dua kiri) bersama penduduk setempat memberi penghormat­an kepada mangsa hujan lebat di bandar Nomura di Seiyo, wilayah Ehime semalam.
— Gambar Kyodo/Reuters ABE (dua kiri) bersama penduduk setempat memberi penghormat­an kepada mangsa hujan lebat di bandar Nomura di Seiyo, wilayah Ehime semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia