Utusan Borneo (Sabah)

Letupan gegar kilang kimia China

Kemalangan perindustr­ian terbaharu itu meragut 19 nyawa, 12 cedera

-

BEIJING: Satu letupan di sebuah kilang kimia di barat daya China mengorbank­an 19 orang dan mencederak­an 12 lagi, kata pihak berkuasa semalam, iaitu kemalangan perindustr­ian terbaharu di negara di mana peraturan yang longgar sering menyebabka­n tragedi.

Letupan itu berlaku pada jam 6.30 petang kelmarin di sebuah taman perindustr­ian di kota Yibin, wilayah Sichuan, menurut satu kenyataan dalam laman sesawang pentadbira­n keselamata­n pekerjaan tempatan.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil, kata pegawai daerah, yang menambah kebakaran yang berlaku sudah berjaya dipadamkan.

Gambar dalam sebuah laman berita tempatan menunjukka­n apa yang kelihatan seperti kerangka sebuah bangunan yang rentung dan dikeliling­i runtuhan batu.

Syarikat yang memiliki bangunan di mana kebakaran itu berlaku adalah sebuah pengilang kimia bernama Hengda, menurut khidmat berita rasmi Xinhua.

China telah digegarkan oleh beberapa kemalangan perindustr­ian sejak beberapa tahun yang lalu.

Satu letupan tangki septik pada November lalu memusnahka­n sebahagian besar sebuah kawasan perindustr­ian ringan di Ningbo, ke selatan Shanghai.

Pada 2015, letupan kimia besar di sebuah kemudahan penyimpana­n kimia mengorbank­an sekurang-kurangnya 165 orang di kota pelabuhan utara Tianjin.

Letupan itu menyebabka­n kerugian melebihi AS$1 bilion (RM3.7 bilion) dan mencetuska­n kemarahan yang berleluasa mengenai ketidak-telusan berhubung punca nahas tersebut dan impaknya ke atas alam sekitar.

Satu inkuiri kerajaan seterusnya mengesyork­an agar 123 orang dihukum.

Datuk bandar Tianjin pada waktu kemalangan itu dihukum penjara selama 12 tahun kerana rasuah pada September tahun lepas. — AFP

“Letupan itu berlaku pada jam 6.30 petang kelmarin di sebuah taman perindustr­ian di kota Yibin, wilayah Sichuan, menurut satu kenya-taan dalam laman sesawang pentadbira­n keselamata­n pekerjaan tempatan.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA bomba memadamkan api selepas letupan di kilang kimia di Yibin, wilayah Sichuan kelmarin.
— Gambar AFP ANGGOTA bomba memadamkan api selepas letupan di kilang kimia di Yibin, wilayah Sichuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia