Utusan Borneo (Sabah)

Paderi Chile disyaki cabul tujuh kanak-kanak ditahan

-

SANTIAGO: Paderi Katolik terkemuka di Chile, Oscar Munoz, yang memegang jawatan kanan dalam keuskupan agung Santiago, ditahan kelmarin berhubung dakwaan dia mencabul tujuh kanak-kanak – skandal pedofilia terbaharu yang melanda gereja negara itu.

Pencabulan yang didakwa dilakukan oleh Munoz, 56, berlaku sejak 2002 di ibu negara Santiago dan kota selatan Rancagua, kata pendakwa raya Emiliano Arias.

Munoz menjadi naib canselor dan kemudian canselor dalam keuskupan agung Santiago sejak 2011, sebelum dia dipecat dua bulan lalu selepas mengakui pada Januari lalu, beberapa hari sebelum lawatan Pope Francis ke Chile, bahawa dia pernah mencabul budak bawah umur.

Dia pada mulanya disiasat oleh gereja Chile, yang kemudian merujuk kes itu kepada Vatikan.

Pencabulan itu dibongkar oleh pendakwa raya Chile apabila fail kes gereja dirampas dalam satu operasi pada Jun lepas.

Arias mengesahka­n siasatan termasuk kemungkina­n penyembuny­ian yang membabitka­n anggota kanan golongan paderi, antara mereka dua uskup agung paling baharu di Santiago, Francisco Javier Errazuriz dan Ricardo Ezzati.

Ezzati berkata keuskupan agung bersedia untuk bekerjasam­a “dalam segalanya yang diperlukan”.

Polis Chile turut menyediaka­n alamat e-mel untuk merayu bagi sebarang dakwaan lain yang ada kaitan dengan kes itu.

Gereja Chile telah mengalami skandal pedofilia yang melibatkan puluhan paderi.

Pope Francis sudah menerima peletakan lima uskup, selepas empat daripada mereka dituduh menutup mata kepada pencabulan dan menyembuny­ikannya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia