Utusan Borneo (Sabah)

Empat polis, seorang penunjuk perasaan maut di Nicaragua

-

MANAGUA: Empat anggota polis dan seorang penunjuk perasaan maut kelmarin dalam konfrontas­i di Nicaragua, di mana rusuhan sudah mengorbank­an lebih 250 orang dalam tempoh tiga bulan di tengah-tengah demonstras­i antikeraja­an.

“Lima orang maut dalam satu konfrontas­i di Morrito, yang mana empat adalah anggota polis dan seorang penunjuk perasaan,” kata Vilma Nunez, presiden Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH), kepada AFP.

Menurut maklumat awal, konfrontas­i itu berlaku di lokasi yang dilalui satu perarakan dekat balai polis di Morrito, dalam daerah Rio San Juan di tenggara Nicaragua, pada hari demonstras­i yang dianjurkan oleh pembangkan­g dari Pakatan Sivik bagi Keadilan dan Demokrasi di negara yang dilanda krisis itu.

Ketua pergerakan Francisca Ramirez berkata penunjuk perasaan – ada antara mereka yang membawa senjata – “diserang oleh ejen dan anggota pasukan separa tentera” dan membalas dengan tembakan.

Polis belum lagi memberikan versi mereka bagi kejadian yang berlaku, tetapi pernah menuduh “geng penjenayah” menjalanka­n pembunuhan, rompakan dan penculikan.

Morrito, sebuah bandar dengan 6,000 penduduk, didiami ramai petani yang memiliki senjata untuk melindungi tanah mereka. Ia terletak 230 kilometer ke barat daya ibu negara Managua, di laluan yang dirancangk­an bagi sebuah terusan antara pantai tetapi ditentang oleh penduduk tempatan.

Protes meletus di Nicaragua pada 18 April lalu, pada mulanya menentang reformasi pencen yang kini sudah dibatalkan. Bagaimanap­un sejak itu ia sudah bertukar menjadi tuntutan agar Presiden Daniel Ortega – seorang bekas ketua gerila sayap kiri yang memegang kuasa bagi kali kedua pada 2007 – untuk meletak jawatan.

Pengkritik menuduhnya – dan isterinya Naib Presiden Rosario Murillo – mewujudkan pemerintah­an kuku besi yang kejam. — AFP

 ??  ?? PENUNJUK perasaan yang memakai topeng tradisiona­l mengambil bahagian dalam perarakan untuk menentang kerajaan pimpinan Ortega di Managua kelmarin. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan yang memakai topeng tradisiona­l mengambil bahagian dalam perarakan untuk menentang kerajaan pimpinan Ortega di Managua kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia