Utusan Borneo (Sabah)

ADUN Pujut: Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan yang bersidang di sini pada Jumaat mengekalka­n keputusan Mahkamah Tinggi mengembali­kan kedudukan Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Keputusan dicapai apabila hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta Harmindar Singh Dhaliwal bersetuju menolak rayuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) Datuk Amar Asfia Awang Nasar dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh yang tiada bidang kuasa untuk memutuskan pembatalan kelayakan Dr Ting kerana faktor penyingkir­an tersebut berlaku sebelum pilihan raya.

Abang Iskandar ketika membacakan penghakima­n berkata DUN Sarawak bukanlah forum yang sewajarnya untuk memutuskan berkenaan keanggotaa­n Dr Ting mengikut Perkara 118 Perlembaga­an Persekutua­n dan Speaker DUN itu telah silap mengguna pakai Perkara 17(1)(g) Perlembaga­an Negeri Sarawak.

“Keputusan yang dicapai oleh 70 ADUN mengundi dan menyokong usul dikemukaka­n Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Datuk Seri W ong S o o n K oh semasa persidanga­n DUN Sarawak tahun lepas adalah terbatal dan tidak sah,” katanya.

Manakala Hakim Mary Lim Thiam Suan pula dalam penghakima­nnya berkata Dr Ting jelas tidak mempunyai kelayakan untuk dipilih sebagai ADUN kerana beliau telah mengambil kewarganeg­araan Australia.

“Penolakan Dr Ting sebagai kewarganeg­araan Australia juga tidak melayakkan beliau menjadi wakil rakyat kerana beliau telah bersumpah setia untuk menjadi warganegar­a tersebut,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia