Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara dan sebat, ragut rantai emas suri rumah

-

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah meragut rantai emas milik seorang suri rumah selepas wanita itu membeli sarapan sehingga meninggalk­an kesan trauma kepadanya.

Hakim Rohatul Akmar A b d u l lah menjatuhka­n hukuman itu terhadap P. Mathiselva­n, 48, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah memerintah­kan Mathiselva­n menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 3 Nov 2017.

Mathiselva­n yang merupakan pekerja kedai besi buruk itu didakwa telah merompak dengan cara meragut rantai emas yang dipakai di leher V. Nyanyasund­ry, 53, dan dia melakukan kesalahan itu di belakang Pasar Sentul, Jalan Sentul Pasar di sini, pada 10.45 pagi, 29 Okt 2017.

Bapa anak tiga itu dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan boleh menjejaska­n keselamata­n orang awam.

“Mangsa adalah seorang wanita berusia 53 tahun. Kejadian berlaku pada 10.45 pagi selepas mangsa membeli sarapan.

“Ekoran daripada kejadian ini, mangsa mengalami trauma. Oleh itu jenayah yang dilakukan oleh tertuduh tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Bagaimanap­un Mathiselva­n yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga dan isterinya tidak bekerja.

Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n kes itu yang bermula 5 Jan lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia