Utusan Borneo (Sabah)

Wakil Rakyat diminta lebih sensitif

Dengan sensitivit­i agama

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Setiap Wakil Rakyat Kerajaan Baharu diminta supaya lebih sensitif dan berhati-hati serta mengelak daripada menyentuh hal-hal sensitivit­i agama di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman percaya sebagai kerajaan dan pemimpin baharu, isu-isu yang menyentuh sensitivit­i agama tidak boleh dikesampin­gkan.

“Berikan mereka (Wakil Rakyat yang baharu) masa, dan saya ambil perhatian perkara ini kerana saya fikir hal-hal sebegini amat penting kepada Wakil Rakyat kita untuk sensitif.

“Saya akan membawa perkara ini ke peringkat Kerajaan Negeri untuk dipertimba­ngkan,” katanya, semasa ditemui wartawan dalam lawatannya ke IPD Tawau di sini pada Jumaat.

Azis berkata demikian selepas wartawan memberitah­unya wujud program Wakil Rakyat Kerajaan Baharu yang berlangsun­g pada masa dan lokasi yang disifatkan kurang sesuai.

Menyentuh mengenai isu berkaitan melibatkan beberapa wartawan yang terkilan kerana ‘dihidangka­n’ babi dalam sebuah program di Melaka, beliau sedia maklum hal terbabit.

“Saya difahamkan pihak penganjur sudah meminta maaf secara rasmi, jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran kerana kita hidup di negara berbilang kaum,” katanya.

Beliau mengingatk­an semua penganjur program di negara ini supaya lebih sensitif dengan sensitivit­i agama dan menitikber­atkan ‘halal-haram’ dari sudut agama tetamu mereka.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew Vun Zin serta Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

Berhubung lawatannya pula, Azis berkata lawatan kerjanya untuk melihat sendiri keadaan balai polis serta menemui pegawai dan anggota polis di IPD Tawau

dan IPD Semporna.

Beliau percaya banyak perkara yang kerajaan perlu berikan perhatian, misalnya masalah-masalah pegawai dan anggota polis, selain aspek kebajikan dan pembanguna­n.

“Berikan mereka (Wakil Rakyat yang baharu) masa, dan saya ambil perhatian perkara ini kerana saya fikir hal-hal sebegini amat penting kepada Wakil Rakyat kita untuk sensitif.

DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

 ??  ?? AZIS melakukan lawatan kerja untuk melihat sendiri keadaan sebenar di IPD Tawau dan menemui pegawai-pegawai polis di lapangan.
AZIS melakukan lawatan kerja untuk melihat sendiri keadaan sebenar di IPD Tawau dan menemui pegawai-pegawai polis di lapangan.
 ??  ?? FADIL (empat kiri) bersama pegawai-pegawainya meraikan kehadiran Azis (tengah) dan Omar (empat kanan).
FADIL (empat kiri) bersama pegawai-pegawainya meraikan kehadiran Azis (tengah) dan Omar (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia