Utusan Borneo (Sabah)

Tuaran tuan rumah Badminton AirAsia-BAM Liga Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018

-

KOTA KINABALU: Daerah Tuaran telah dipilih menjadi tuan rumah Pertanding­an Badminton AirAsia-BAM Liga Remaja Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018.

Pengerusi penganjur, Golubi Guntarek berkata, pertanding­an itu akan berlangsun­g di Adventist Auditorium Tamparuli pada 16-20 Julai.

Pertanding­an itu terbuka kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) negeri ini untuk pemain berusia 18 tahun ke bawah atau lahir pada 2001 dan selepasnya serta masih bersekolah.

“Penyertaan dihadkan kepada 16 pasukan lelaki dan 16 pasukan perempuan tetapi kami hanya menerima 13 pasukan lelaki dan 14 pasukan perempuan ketika penyertaan ditutup pada 9 Julai lalu,” kata Golubi dalam kenyataann­ya pada Jumaat.

Menurutnya, ia adalah pertanding­an berpasukan di mana bahagian lelaki melibatkan tiga perseorang­an dan dua beregu manakala bahagian wanita terdiri daripada dua perseorang­an dan satu beregu.

Pertanding­an itu akan dijadikan medan bagi memilih pasukan lelaki dan perempuan yang akan membawa cabaran negeri ini ke kejohanan sama peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada penghujung Ogos depan.

Golubi berkata, sebagai galakan, geran sebanyak RM50 akan diberi kepada setiap pemain, pengurus dan jurulatih tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan manakala pemain yang berada di luar lingkungan 100km dari Kota Kinabalu akan diberi geran penyertaan RM100.

Pertanding­an itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk juara bahagian lelaki, kedua RM500 dan masing-masing RM175 untuk pasukan yang tewas di separuh akhir.

Juara perempuan pula akan menerima RM700, kedua RM350 dan masingmasi­ng RM175 untuk pasukan yang tewas di separuh akhir.

“Kami berterima kasih atas kepercayaa­n Persatuan badminton sabah (SBA) memilih Tuaran sebagai tuan rumah tahun ini.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas bantuan dan kerjasama dalam persediaan penganjura­n pertanding­an ini,” kata Golubi.

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia