Utusan Borneo (Sabah)

Serena melangkah ke final Wimbledon

-

LONDON, England: Serena Williams melangkah ke final pertama beliau pada satu kejohanan Grand Slam sebagai seorang ibu, 10 bulan selepas melahirkan anaknya apabila menewaskan Julia Goerges 6-2 dan 6-4 untuk final ke-10 beliau di sini Khamis lepas.

Mengenai rekod 20 kemenangan perlawanan berturut-turut di Wimbledon, Williams akan berdepan pemain ranking ke-10 dunia dari Jerman, Angelique Kerber di final hari ini.

Pada kejohanan keempat beliau sejak melahirkan anak perempuan pada bulan September, Serena menghampir­i kejuaraan Grand Slam pertama sejak menjadi ibu.

Goerges, pilihan ke-13 dari Jerman, tewas dalam masa hanya 70 minit di Gelanggang Utama.

Ia adalah saat manis buat pemain berusia 36 tahun, yang mengharung­i kesukaran melahirkan anak yang menyebabka­nnya memerlukan lima pembedahan.

“Ia gila. Saya tidak tahu apa perasaan saya sekarang. Saya tidak menjangkak­an untuk bermain dengan baik pada kejohanan keempat saya,” kata Williams.

“Saya mengharung­i kesukaran melahirkan anak. Saya menjalani beberapa pembedahan dan secara jujurnya, hampir tidak berjaya.

“Saya hanya akan menikmati saat hebat ini. Ia sukar untuk dielakkan.”

Jaguh dari Amerika Syarikat (AS) itu juga akan memburu sejarah menentang Kerber di mana beliau akan cuba menyamai rekod Margaret Court dengan memenangi 24 kejuaraan (perseorang­an) Grand Slam.

Kejuaraan kelapan di Wimbledon juga menyaksika­nnya memintas Steffi Graf di tangga kedua sebagai pemenang paling banyak di Wimbledon, di belakang Martina Navratilov­a.

Serena akan beraksi di final ke-30 kejohanan Grand Slam – yang pertama sejak memenangi Terbuka Australia pada 2017 – dengan rekod 6-2 menentang Kerber.

“Beliau jelas sekali pemain yang baik di permukaan rumput. Tetapi apa jua berlaku, ia sudah satu kejohanan yang hebat untuk saya dan sangat memberi motivasi untuk saya meneruskan karier saya,” tambah Serena. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? GOERGES (kiri) memberikan ucapan tahniah kepada Serena selepas berakhir perlawanan separuh akhir Wimbledon.
GOERGES (kiri) memberikan ucapan tahniah kepada Serena selepas berakhir perlawanan separuh akhir Wimbledon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia