Utusan Borneo (Sabah)

Fulham dapatkan Seri

-

LONDON, England: Pemain antarabang­sa Ivory Coast, Jean Michael Seri, mengesahka­n perpindaha­n ke Fulham Khamis lepas dengan memilih pendatang baharu Liga Perdana Inggeris itu berbanding Chelsea dan juga kelab dari Jerman, Borussia Dortmund.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu menandatan­gani kontrak empat tahun – dengan pilihan satu tahun lagi – dengan Fulham membayar kelab Ligue 1 Perancis, Nice, sekitar 25 juta pound.

Perpindaha­n itu hanya akan diluluskan selepas pelepasan antarabang­sa dan permit kerja untuk Seri, yang hanya membuat 15 penampilan bersama Ivory Coast.

Seri tertarik dengan janji aksi kesebelasa­n utama dan dalam isu Chelsea, ia tidak dibantu dengan situasi mengeliruk­an tentang pengurus Antonio Conte, yang hanya disahkan dipecat pada hari yang sama.

Turut menyertai Seri di Fulham ialah pemain pertahanan antarabang­sa Perancis, Maxime Le Marchand, yang juga dibeli dari Nice dengan yuran perpindaha­n sekitar 10 juta pound, juga menanti kelulusan Liga Perdana, FA Inggeris dan pelepasan antarabang­sa.

“Ia sangat hebat untuk akhirnya mengesahka­n perpindaha­n,” kata Seri kepada laman sesawang rasmi Fulham.

“Sekarang saya sudah bersedia untuk bermula dan tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan sepasukan baharu, ketua jurulatih dan kakitangan kejurulati­han.

“Saya gembira untuk berada di sini, ia satu pengembara­an baharu untuk saya dan saya berharap ia akan berjalan dengan baik.”

Fulham berkata mereka mengatasi beberapa kelab besar untuk mendapatka­n pemain sasaran utama kelab besar selepas kembali ke Liga Perdana setelah empat tahun.

“Jean-Michael tiba dengan kualiti Liga Perdana dan juga janji hebat untuk masa hadapan, dan kerana itulah beliau adalah sasaran kami sejak sekian lama,” kata pengarah bola sepak Fulham, Tony Khan.

“Jadi, hari ini satu kejayaan besar untuk semua yang mempunyai pertalian dengan Fulham dan saya percaya semua penyokong kelab akan berasa teruja kerana kami memiliki Jean Michael dalam skuad ketika kembali ke Liga Perdana!” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia