Utusan Borneo (Sabah)

Mungkin England kurang tunjuk rasa hormat: Dalic

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic (gambar) mengakui pasukannya bersemanga­t dengan apa yang mereka lihat sebagai kurang penghormat­an oleh media Inggeris apabila menang 2-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Rabu lepas.

“Kami sentiasa menghormat­i lawan kami dan menjangkak­an mereka juga menghormat­i kami,” kata Dalic kepada wartawan Khamis lepas.

“Mungkin England atau media Inggeris tidak menunjukka­n cukup penghormat­an kepada pasukan Croatia, yang selayaknya bagi kami terutama sekali apabila anda melihat kelab-kelab di mana pemain kami bermain.

“Ia mungkin memberikan kami motivasi tambahan tetapi inilah lumrah bola sepak, anda harus rasa hormat ketika menang dan kalah.”

Croatia bangkit dari ketinggala­n untuk menang dengan Ivan Perisic mengikat kedudukan 1-1 untuk membawa ke permainan masa tambahan sebelum Mario Mandzukic menjaringk­an gol kemenangan.

Perbincang­an dalam media Inggeris lebih tentang kemungkina­n keletihan pemain Croatia selepas dipaksa bermain sehingga penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Denmark (pusingan kedua) dan Rusia (suku akhir) sebelum menentang England.

Kapten Croatia, Luka Modric membuat komen yang sama dengan jurulatihn­ya selepas perlawanan Rabu lepas.

“Kami lebih bersemanga­t. Kami mahu melangkah ke final dan menggembir­akan penyokong kami,” tambah Dalic ketika pasukannya membuat persediaan untuk menentang Perancis Ahad ini.

Sementara itu, Dalic menegaskan Modric merupakan pemain terbaik sepanjang pertanding­an selepas dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali.

“Sebelum Piala Dunia, ia perkara biasa untuk bercakap tentang (Cristiano) Ronaldo, (Lionel) Messi, Neymar tetapi mereka semua sudah pulang awal, mereka sudah bercuti di pantai dan pemain lain masih tinggal seperti Luka Modric,” kata Modric.

Modric muncul sebagai calon pemenang anugerah Pemain Terbaik FIFA (Ballon d’Or) dengan aksi cemerlang bersama Croatia selepas satu musim berjaya di peringkat kelab bersama Real Madrid dengan kejuaraan Liga JuaraJuara.

“Beliau sentiasa berlari sepanjang 115 minit permainan, sentiasa membantu pertahanan, mengemudi pasukan dan pemain terbaik kejohanan,” tambahnya.

“Tiada siapa lebih gembira jika Luka memenangi Ballon d’Or. Beliau sudah memenangi segala-galanya di kelab tetapi masih ada kekosongan di peringkat antarabang­sa.

“Beliau di kemuncak kariernya dan saya pasti beliau selayaknya menang (Piala Dunia).” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia