Utusan Borneo (Sabah)

England, Belgium ‘rebut’ tempat ke-3

Pada perlawanan yang tidak memberi makna untuk kedua-dua pasukan selepas impian ke final Piala Dunia 2018 berkecai

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Jurulatih England, Gareth Southgate mengakui perlawanan penentuan tempat ketiga adalah satu perlawanan yang tidak diingini oleh mana-mana pasukan tetapi perlawanan menentang Belgium hari ini menawarkan satu peluang untuk menamatkan kejohanan dengan ‘kejayaan’.

Kekalahan tipis 1-2 kepada Croatia dalam masa tambahan menafikan England satu peluang memburu kejuaraan Piala Dunia yang kedua dan sebaliknya, terpaksa mengharung­i perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Belgium.

Belgium, yang tewas 0-1 kepada Perancis di separuh akhir, mendahu lui Kumpulan G di hadapan England selepas menang 1-0 pada pusingan pertama. Perlawanan itu menyaksika­n kedua-dua jurulatih, Roberto Martinez di Belgium, melakukan rombakan skuad dan satu situasi yang sama dijangka akan berlaku di Saint Petersburg dengan beberapa pemain simpanan dijangka berusaha untuk mencari pengalaman di Piala Dunia. “Secara jujurnya, ia bukan satu perlawanan yang diinginkan oleh mana-mana pasukan pada kejohanan ini,” kata Southgate, walaupun pasukannya mendapat pujian dengan cara mereka untuk seketika menyatukan seluruh negara yang kecewa dengan isu Brexit (meninggalk­an Kesatuan Eropah).

Bagaimanap­un, beliau menegaskan ia tidak akan menjejaska­n pendekatan England ketika mereka cuba mencapai penamat terbaik pada satu kejohanan sejak muncul juara pada 1966.

“Kami akan mahu memberikan prestasi yang boleh dibanggaka­n, tiada persoalan mengenainy­a,” kata beliau.

“Setiap kali kami menyarung jersi kebangsaan, kami mahu bermain dengan rasa bangga, dengan bermaruah, kami mahu bermain dengan baik dan mahu menang.”

Penjaga gol simpanan, Jack Butland dan Nick Pope adalah dua pemain dari skuad 23 pemain yang belum lagi beraksi di Piala Dunia di Rusia ini, ketika Southgate mengekalka­n skuad yang sama di pusingan kalah mati.

Bagi Belgium dan generasi emas mereka, ramai pemain utama dijangka masih akan beraksi di Piala Dunia 2022 walaupun jika Vincent Kompany dan Jan Vertonghen mungkin akan bersara dari bola sepak antarabang­sa.

Martinez, yang menandatan­gani kontrak lanjutan sehingga selepas Euro 2020, boleh membimbing Belgium ke pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia selepas menamatkan kempen Piala Dunia 1986 di Mexico di tempat keempat.

“Kami mahu menamatkan kejohanan dengan lebih baik dan pemain ini selayaknya untuk menamatkan kejohanan di peringkat tertinggi,” kata beliau.

“Anda perlu cuba untuk melihat peluang menamatkan kejohanan di tempat ketiga kerana ia jarang untuk mendapat peluang sebegini dengan kerap. Jadi kita perlu memahami bahawa ia adalah perlawanan penting.

“Tetapi saya menerima di mana ia adalah sangat sukar apabila cita-cita anda ke final berkecai. Ia sukar untuk membuat persediaan untuk perlawanan seperti ini.”

Pasukan dari Eropah sudah menduduki tempat ketiga daripada sembilan Piala Dunia terakhir. Belanda menewaskan Brazil 3-0 pada 2014 selepas Brazil dimalukan 1-7 oleh Jerman di separuh akhir.

Penyerang England, Harry Kane dijangka akan memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol, kecuali penyerang Belgium, Romelu Lukaku menjaringk­an tiga gol hari ini untuk mengatasi Kane.

Dengan satu lagi gol, Kane akan menjadi penjaring terbanyak di Piala Dunia sejak 2002 apabila Ronaldo menjaringk­an lapan gol, termasuk dua di final ketika Brazil menjulang Piala Dunia untuk rekod kali keempat.

Kane akan menjadi pemain kedua England memenangi anugerah Kasut Emas selepas Gary Lineker melakukann­ya pada 1986. – AFP

“Secara jujurnya, ia bukan satu perlawanan yang diinginkan oleh manamana ” pasukan pada kejohanan ini. GARETH SOUTHGATE Jurulatih England

 ?? - Gambar REUTERS ?? PARA pemain Belgium gigih menjalani latihan menjelang pertemuan menentang England untuk penentuan tempat ketiga malam ini.
- Gambar REUTERS PARA pemain Belgium gigih menjalani latihan menjelang pertemuan menentang England untuk penentuan tempat ketiga malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia