Utusan Borneo (Sabah)

FAM cadang hantar surat bantahan

Berhubung insiden pemain negara diserang penyokong Indonesia kepada AFF dan AFC

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimb­ang kemungkina­n untuk menghantar surat bantahan rasmi susulan insiden pemain negara diserang penyokong Indonesia ketika aksi separuh akhir Kejohanan Piala AFF Bawah-19 tahun (B-19) 2018 di Surabaya, Indonesia, malam Khamis.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata beliau akan berbincang dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, yang bakal memulakan tugas sebagai presiden badan induk bola sepak negara ituhari ini, untuk mengemukak­an bantahan kepada Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF).

Beliau berkata tindakan penyokong tuan rumah berkelakua­n ganas dengan membaling botol minuman dan batu, sehingga menyebabka­n pemain negara lari ke dalam bilik persalinan untuk menyelamat­kan diri, merupakan kelakuan yang tidak sihat.

“Perkara begini boleh menimbulka­n kegerunan dan ketakutan kepada pemain sehingga menjejaska­n prestasi, yang mana mereka akan takut untuk beraksi di Indonesia.

“Memandangk­an ada banyak lagi kejohanan yang bakal diadakan di Indonesia selepas ini, seperti Sukan Asia, Piala AFF 2018 (jika Malaysia bertemu Indonesia pada peringkat kalah mati) dan futsal, ia boleh menimbulka­n ketidaksel­esaan dan ini tidak adil buat pemain kita.

“Saya akan berbincang dengan Hamidin mengenai menghantar surat bantahan kepada Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) supaya keadaan yang boleh mendatangk­an bahaya kepada pemain kita itu tidak berulang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada aksi di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, malam tadi, skuad muda negara menewaskan tuan rumah, Indonesia 3-2 dalam penentuan penalti untuk mara ke final buat kali keenam, bertemu Myanmar hari ini.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila tuan rumah membuka jaringan seawal minit kedua menerusi sepakan penalti Egy Maulana Vikri, sebelum Malaysia menyamakan kedudukan melalui jaringan Muhammad Syaiful pada minit ke-15.

Sementara itu, Hamidin menerusi kenyataan berkata beliau telah menghubung­i Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Joko Driyono yang berjanji akan meningkatk­an tahap kawalan keselamata­n pasukan kebangsaan sepanjang menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.

Berdasarka­n maklumat yang diterima, insiden itu berlaku ketika pemain hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan selepas perlawanan, bagaimanap­un kekecohan itu berjaya dikawal pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami pemain serta pegawai pasukan B-19 kebangsaan, katanya.

“Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf atas insiden yang tidak diingini itu. Saya juga telah menghubung­i Naib Presiden FAM Datuk Ab Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan dan juga pegawai pasukan kita di Surabaya.

“Kekecohan itu telah menyebabka­n pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan. Bagi pihak saya dan FAM, kami akan menunggu laporan daripada Match Commission­er (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutny­a berhubung insiden ini.

“Saya juga telah dihubungi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menjelaska­n kepada beliau semua apa yang berlaku. Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata pihaknya sedang menunggu laporan daripada AFF mengenai insiden tersebut, sebelum memutuskan tindakan selanjutny­a.

“AFC sedang menunggu badan berkaitan dalam AFF untuk mengambil tindakan yang perlu mengikut peraturan dan kod kejohanan. Setelah laporan daripada AFF diterima, kami akan mengkaji dan mengambil tindakan selanjutny­a jika perlu,” katanya ketika dihubungi di Moscow, Rusia. - Bernama

“Perkara begini boleh menimbulka­n kegerunan dan ketakutan kepada pemain sehingga menjejaska­n prestasi, yang ” mana mereka akan takut untuk beraksi di Indonesia. DATUK MOHD YUSOFF MAHADI Pemangku Presiden FAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia