Utusan Borneo (Sabah)

Liga Bola Sepak Kota Kinabalu

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Saingan peringkat kumpulan Liga Bola Sepak Terbuka Sabah akan diteruskan dengan sembilan perlawanan minggu ini.

Pengerusi penganjur, Andrew Lian Awa berkata, empat perlawanan akan berlangsun­g hari ini manakala lima lagi pada Ahad.

Ia adalah jadual perlawanan minggu kedua selepas kejohanan yang disertai 30 pasukan itu dimulai dengan Piala Sumbangsih pada 7 Julai dan lima perlawanan pada 8 Julai.

Hari ini, dua perlawanan sepak mula jam 2.00 petang berlangsun­g iaitu Quilmes FC menentang Santai FC di padang IPK Sabah untuk saingan Kumpulan F dan Tankur FC menentang KSRP FC (Kumpulan G) di padang Penjara.

Dua lagi perlawanan sepak mulanya pada jam 4.00 petang iaitu Adisson XII FC menentang Marven Sports (Kumpulan C) di padang Penjara dan TBR FC menentang Compleks FC Labuan (Kumpulan D) di padang IPK Sabah.

Perlawanan pada Ahad dimulai Plus One FC Kota Belud menentang DBKK FT di padang Penjara (8.00 pagi) manakala Ganang FC menentang GBR Pedalaman Nabawan di padang

Penjara (4.00 petang) untuk saingan Kumpulan E.

Kumpulan H juga membabitka­n dua perlawanan iaitu Sabah Cops menentang Luton FC Keningau di padang IPK Sabah (2.00 petang) dan The Blues FC Kota Marudu menentang Briged Sabah PGA di padang IPK Sabah (4.00 petang) manakala MKT FT Tenom akan menentang Sporting Kinabalu untuk saingan Kumpulan A di padang Penjara (2.00 petang).

Saingan peringkat

kumpulan dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir.

Kejohanan anjuran

bersama Marven Sports dan Andrew Lian Awa serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM32,000.

 ??  ?? ANDREW LIAN
ANDREW LIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia