Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Sabah sambut baik pelantikan Richard

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pemimpin negeri ini menyambut baik pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuatkua­sa Rabu.

Malanjum, 65, menerima surat pelantikan­nya daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu majlis, bertempat di Bilik Singgahsan­a Kecil, Istana Negara, di sini, malam Rabu.

Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, di bawah kerajaan Pakatan HarapanWar­isan, “kita kini mula melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sahaja dihormati tetapi juga dilaksanak­an.”

“Malah di Sabah kita merasakan bahawa kita benar-benar dianggap sebagai rakyat Malaysia, rakan kongsi yang sama dalam Persekutua­n berdasarka­n MA63, dan benar-benar dalam proses era Borneonisa­si,” katanya.

Bagi pihak Upko dan setiap Momogun khususnya dan semua warga Sabah dalam secara keseluruha­n, beliau mengucapka­n tahniah kepada Richard atas pelantikan­nya sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

“Tan Sri Richard Malanjum adalah orang pertama dari Malaysia Timur mengambil tanggungja­wab penting dan berprestij ini,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdangang­an dan Perindustr­ian.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pelantikan Richard adalah wajar dan membanggak­an Momogun dan juga rakyat Sabah.

“Beliau akan berkhidmat dengan baik dalam jawatan badasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam undang-undang dan kehakiman,” kataya.

Beliau berkata, penerimaan Richard terhadap pelantikan dan tanggungja­wab baharui tu menunjukka­n komitmenny­a untuk berkhidmat kepada orang awam dan sistem mahkamah, dan seterusnya akan memenuhi janji perlembaga­an serta keadilan untuk semua.

“Sepanjang kariernya, Tan Sri telah diiktiraf dan dihormati komitmenny­a untuk menegakkan kedaulatan undang-undang serta melindungi integriti perlembaga­an,” katanya.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew berkata sudah tiba masanya seorang rakyat Malaysia Timur dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, satu fakta yang sudah tentu berdasarka­n merit.

“Richard adalah orang yang tepat untuk tugas ini,” katanya dan menambah, hakim kelahiran Tuaran itu layak dan dikenali telah memulakan banyak program untuk badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, seperti mahkamah bergerak di Sabah.

C h r i s tin ayang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, Richard telah membantu rakyat (penduduk pribumi) yang tinggal jauh dari bandar untuk mengeluark­an sijil dan kad pengenalan serta dokumen lain.

“Beliau juga telah memulakan pendengara­n mahkamah antara Mahkamah Tinggi Sandakan-TawauKota Kinabalu melalui persidanga­n video,” katanya yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

“Tan Sri Richard sangat bijak dalam pendekatan­nya dalam menangani kes-kes. Bagi pihak PKR, kami mengucapka­n tahniah atas pelantikan­nya,” katanya.

Richard, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, menggantik­an Tun Md Raus Sharif yang akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkua­sa 31 Julai.

 ??  ?? MADIUS
MADIUS
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia