Utusan Borneo (Sabah)

Sorakan Aidilfitri bergema

Semarak jalinan harmoni

-

MAJLIS Sambutan Aidilfitri bukan sahaja meraikan hari kemenangan tetapi juga membuka luas peluang untuk merapatkan silaturahi­m dalam kalangan pelajar dan rakan sekerja.

Pelajar dan kakitangan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) tidak ketinggala­n memanfaatk­an kesempatan menyemarak­kan jalinan perpaduan dalam kalangan warga kampus sempena Majlis Sorakan Aidilfitri Politeknik Kota Kinabalu yang diadakan di dewan kampus itu petang Rabu.

Pengarahny­a Zainab Othman merasmikan majlis yang dihadiri hampir 3,000 warga institusi itu terdiri daripada para pelajar, pensyarah dan staf sokongan akademik. Majlis kali ini yang berkonsepk­an Piala Dunia 2018, dianjurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar PKK.

Selain 21 gerai makanan pelbagai menu disediakan anggota Jabatan dan Unit di Politeknik Kota Kinabalu, majlis itu turut dimeriahka­n dengan Pertanding­an Hiasan Gerai Jabatan/Unit Paling Malatop, Pencarian Putera Puteri Aidilfitri Kategori Pelajar dan Pensyarah, serta Persembaha­n Pelajar dan Staf.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Kapten Md Syadiqin Awang Adi @ Jumaat ketika ditemui berkata, program kali ini melibatkan seramai lebih kurang seratus pelajar yang bertugas selaku ahli jawatankua­sa pelaksana.

“Program ini merupakan serampang dua mata bagi pelajar kita, di mana program ini membantu untuk mendedahka­n para pelajar dalam urusan penganjura­n majlis. Sekaligus bagi memenuhi keperluan subjek atau aktiviti kokurikulu­m mereka yang mana diambilkir­a dalam penilaian prestasi mereka bagi sepanjang tempoh pengajian.

“Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratka­n hubungan dan silaturrah­im dalam kalangan para pelajar, pensyarah dan staf sokongan akademik Politeknik Kota Kinabalu,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan PKK, Pengarah Politeknik Tawau Haji Ulaimi Yahya, Pengarah Kolej Komuniti Penampang Norhasimah Kassim serta para pensyarah kanan PKK.

Program ini merupakan serampang dua mata bagi pelajar kita, di mana program ini membantu untuk mendedahka­n para pelajar dalam urusan penganjura­n majlis.

 ??  ??
 ??  ?? KAPTEN MD SYADIQIN AWANG ADI @JUMAAT Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur
KAPTEN MD SYADIQIN AWANG ADI @JUMAAT Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MD SYADIQIN
MD SYADIQIN
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA gerai juadah yang disediakan oleh Jabatan dan Unit di PKK.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA gerai juadah yang disediakan oleh Jabatan dan Unit di PKK.
 ??  ?? JOHAN Hiasan Gerai Paling Malatop disandang Unit Pembanguna­n Instruksio­nal & Multimedia (UIDM).
JOHAN Hiasan Gerai Paling Malatop disandang Unit Pembanguna­n Instruksio­nal & Multimedia (UIDM).
 ??  ?? ANTARA warga PKK yang hadir pada majlis itu.
ANTARA warga PKK yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? ANTARA gerai juadah yang paling laris.
ANTARA gerai juadah yang paling laris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia