Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Labuan terima timbalan pengarah baharu

-

LABUAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan Majlis Penyerahan tugas Timbalan Pengarah merangkap Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Labuan Mohd Fikri Lai Abdullah kepada Anual Kannari.

Majlis penyerahan ini disaksikan oleh Pengarah KPDNHEP W.P Labuan Arun Fazhillah Hamdan yang berlangsun­g di Bilik Mesyuarat Mutiara 1, KPDNHEP Bangunan Ujana Kewangan Labuan, pagi Jumaat.

M oh d F i k r i Lai memulakan perkhidmat­annya di KPDNHEP pada 26 Januari 1993 sebagai Penolong Pegawai Penguatkua­sa KP29 dan pernah berkhidmat di cawangan Miri, Limbang, Beaufort, Kota Kinabalu, Tawau, Sarawak dan terakhir di Labuan sebelum berpindah semula ke Beaufort.

Pada majlis tersebut, Fikri sempat memberikan amanat iaitu menekankan bahawa nilai integriti perlu dititikber­atkan dalam menjalanka­n tugas sebagai penjawat awam.

Menurut Arun, beliau mengalukan-alukan kedatangan Anual Kannari ke jabatan itu serta mengucapka­n terima kasih kepada Fikri di atas jasa yang diberikan oleh beliau selama tiga tahun lebih perkhidmat­annya di Pulau Bebas Cukai ini.

Fikri menggalas tugas sebagai Ketua Cawangan KPDNHEP cawangan Beaufort berkuatkua­sa 16 Julai 2018 yang lalu.

Anual Kannari, yang berasal dari Semporna telah mula berkhidmat di KPDNHEP sebagai Pegawai Penguatkua­sa KP 41 di Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 17 April 2005.

Beliau yang pernah berkhidmat di KPDNHEP Melaka dan jawatan terakhir beliau adalah Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Beaufort.

Pada majlis yang sama, Arun turut mengadakan taklimat media tentang pencapaian KPDNHEP Labuan sepanjang enam bulan tahun ini.

Arun berkata bahawa barang keperluan harian di Labuan setakat ini mencukupi dan pihak KPDNHEP akan sentiasa membuat pemeriksaa­n ke atas premis perniagaan di Labuan.

“Setakat Jun 2018, sebanyak 3,746 jumlah pemeriksaa­n telah dijalankan berbanding pada tahun 2017 iaitu hanya sebanyak 1,754 jumlah pemeriksaa­n bagi kawasan bandar dan luar bandar di Labuan,” katanya.

Arun juga menegaskan bahawa para pengguna boleh menggunaka­n saluransal­uran yang disediakan menerusi atas talian atau membuat aduan di pejabat KPDNHEP Labuan bagi kes-kes yang berkaitan hal ehwal pengguna tanpa sebarang kegusaran.-Jabatan Penerangan Labuan

 ??  ?? FIKRI (kiri) menyerahka­n nota serah tugas kepada Anual sambil diperhatik­an Arun (tengah).
FIKRI (kiri) menyerahka­n nota serah tugas kepada Anual sambil diperhatik­an Arun (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia