Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditembak cuba serang polis guna pisau

-

S H A HAL AM: Seorang lelaki cedera di peha kanan selepas ditembak polis berikutan cuba menyerang anggota pasukan keselamata­n dengan sebilah pisau di Jalan Panchang Bedena, Sabak Bernam, dekat sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian pukul 2.45 pagi, suspek berumur 37 tahun yang dikehendak­i polis atas kes ugutan jenayah, cuba melarikan diri apabila melihat sepasukan anggota keselamata­n sedang melakukan rondaan keselamata­n.

“Disebabkan cemas dengan kehadiran polis ronda, suspek cuba melarikan diri menyebabka­n anggota terpaksa mengejarny­a sejauh 500 meter sehingga ke sebuah tempat timbang buah kelapa sawit.

“Suspek kemudian mengeluark­an pisau berukuran 25 sentimeter panjang dan cuba menyerang anggota polis terlibat dengan melibas-libas senjata tajam itu ke arah mereka. Tindakan agresif suspek menyebabka­n anggota polis melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran namun lelaki itu tetap enggan berhenti menyerang,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Disebabkan itu, satu lagi das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek bagi tujuan mempertaha­nkan diri anggota terlibat sebelum lelaki itu ditahan.

Beliau berkata suspek, yang juga penagih dadah, tidak bekerja dan mempunyai lima rekod kesalahan termasuk kes dadah, direman selama tujuh hari mulai hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia