Utusan Borneo (Sabah)

Alumni punya peranan penting

Cetus kecemerlan­gan sekolah melalui jalinan kerjasama

-

KOTA BELUD: Alumni atau bekas pelajar sesebuah sekolah berperanan penting dalam mencetuska­n kecemerlan­gan sekolah melalui jalinan kerjasama dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sehubungan itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Ewon Benedick menyaranka­n agar semua sekolah dapat menubuhkan persatuan alumni bagi memberi peluang kepada bekas pelajar kembali berkhidmat kepada komuniti mereka di kampung seterusnya menyumbang semula dalam programpro­gram kecemerlan­gan pendidikan.

“Berdasarka­n pengalaman kami di SK Kiau di mana saya sendiri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SK Kiau, banyak yang telah kami lakukan bersama untuk membantu pihak sekolah, bukan hanya program-program kecemerlan­gan tetapi juga pembanguna­n infra di bekas sekolah kami.

“Justeru, saya mengalu-alukan penubuhan Persatuan Alumni SK Taginambur yang diketuai oleh bekas guru dan juga kini pemimpin komuniti, Simbih Gilingan.

“Malah jalinan kerjasama melalui perjanjian kerjasama (MoU) di antara Persatuan Alumni dan pihak sekolah yang ditandatan­gani hari ini juga pastinya akan menjadi satu lembaran baharu sokongan bekas pelajar SK Taginambur kepada program-program kecemerlan­gan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Kaamatan Raya di SK Taginambur, di sini, pada Khamis.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, bekas pelajar sesebuah sekolah berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu dari segi sumbangan dalam

“Malah jalinan kerjasama melalui perjanjian kerjasama (MoU) di antara Persatuan Alumni dan pihak sekolah yang ditandatan­gani hari ini juga pastinya akan menjadi satu lembaran baharu sokongan bekas pelajar SK Taginambur kepada program-program kecemerlan­gan sekolah, ” EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

menjayakan aktiviti dan pembanguna­n sekolah masing-masing.

“Kita boleh bekerjasam­a dan menggunaka­n sumber kekuatan Alumni untuk membangunk­an sekolah, bukan sahaja dari segi sumber kewangan tetapi cadangan serta idea-idea bernas daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang kepakaran dan pendidikan,” katanya.

Mengenai pembanguna­n pendidikan khususnya di kawasan Kadamaian, beliau berkata, ia adalah antara perkara penting yang akan diberi tumpuan selain pembanguna­n infrastruk­tur dan peningkata­n ekonomi penduduk luar bandar.

“Saya akan menjemput semua Guru Besar dan Pengerusi PIBG sekolah di seluruh Kadamaian pada bulan Ogos ini untuk berbincang bagaimana kita dapat menggunaka­n sumber-sumber yang dibolehkan melalui saya untuk meningkatk­an prestasi kecemerlan­gan sekolah dan juga melihat dari segi aspek pembanguna­n infra.

“Saya mahu perbincang­an kolektif ini supaya kita dapat mengurus semua hal berkaitan pendidikan di sekolah rendah secara berkelompo­k bagi memudahkan saya berbincang dengan menteri-menteri berkaitan,” katanya.

Dalam majlis itu, Ewon turut menyaksika­n

EWON ketika tiba di SK Tamu Darat.

pemeteraia­n kerjasama antara pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar, Betty Linggin dengan Pengerusi Persatuan Alumni sekolah itu, Simbih Gilingan.

Pada hari yang sama, Ewon turut merasmikan Sambutan Hari Guru, Kaamatan dan Raya SK Tamu Darat.

Dalam kedua-dua majlis itu, beliau menyampaik­an sumbangan sebanyak RM2,000 daripada peruntukan touchpoint kepada kedua-dua sekolah tersebut untuk membantu membiayai sebahagian kos penganjura­n program kecemerlan­gan sekolah.

 ??  ?? EWON (kiri) menyaksika­n acara menandatan­gani persefaham­an antara SK Taginambur yang diwakili Betty (duduk kiri) dan Simbih.
EWON (kiri) menyaksika­n acara menandatan­gani persefaham­an antara SK Taginambur yang diwakili Betty (duduk kiri) dan Simbih.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sumbangan kepada Guru Besar SK Taginambur, Betty.
EWON menyampaik­an sumbangan kepada Guru Besar SK Taginambur, Betty.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia