Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak maut dalam nahas kerata dan 4WD

-

MIRI: Perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi apabila seorang ayah dan anak lelakinya maut selepas kereta dinaiki terlibat nahas jalan raya dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di simpang Jalan Bahagia, Jalan Kuala Baram Bypass di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Thomas Balang Apoi, 43, dari Vista Perdana Miri dan anak lelakinya, Elfhy Leonald Panai Thomas berusia lapan tahun.

Elfhy Leonald Panai maut di tempat kejadian, manakala ayahnya meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu dalam kenyataan medianya semalam mengesahka­n kemalangan maut terbabit melibatkan sebuah kereta dan 4WD.

Alexson berkata, hasil siasatan awal mendapati 4WD yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dalam perjalanan dari arah Permyjaya menuju ke Pujut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari arah bertentang­an dipercayai membelok ke simpang Jalan Bahagia di sebelah kiri 4WD.

“4WD dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta terbabit menyebabka­n keduadua kenderaan tersebut terseret ke tepi kiri jalan dari arah Permyjaya,” katanya.

Beliau mengesahka­n penumpang kereta iaitu kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian.

“Pemandu kereta dan 4WD dihantar ke Hospital Miri menggunaka­n ambulans namun disahkan meninggal dunia semasa dirawat di hospital, manakala pemandu 4WD dilaporkan cedera ringan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubun­gi lokasi kejadian apabila ahli keluarga mangsa datang dan cuba menenangka­n saudara terdekat yang tidak menyangka kejadian tragik itu menimpa ahli keluarga mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia