Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut digilis lori berundur

-

SARATOK: Usaha dua pekerja yang terbabit dengan kerja-kerja memindah kabel dan tiang elektrik di kawasan pembinaan Pan Borneo yang ingin menghidupk­an lori bersama majikan mereka bertukar tragedi apabila seorang daripadany­a maut digilis lori.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang di Kilometer 31, Jalan Betong-Sarikei, mangsa Abang Othman Abang Subah, 70, dari Kampung Tengah Beladin, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Mordani Tanin berkata, mangsa maut setelah lori yang dipandu anak saudaranya tiba-tiba berundur lalu melanggar dan menggilis mangsa yang berada di bahagian kiri belakang lori berkenaan.

“Dalam kejadian itu, mangsa bersama anak saudaranya baharu sahaja sampai dari Beladin dan kehabisan minyak di lokasi berkenaan.

“Setelah menerima bekalan minyak yang dibawa majikan, pemandu lori yang berusia 38 tahun itu berusaha menghidupk­an enjin lori tetapi gagal.

“Berikutan itu, majikan mangsa mengarahka­n pemandu lori terbabit untuk mengawal lorinya, sementara dia sendiri (majikan) menolak lori dari bahagian hadapan, dan mangsa diarahkan untuk mengawal kenderaan yang datang dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan kepada media, pada Khamis.

Mangsa dan anak saudaranya difahamkan baharu 10 hari bekerja dengan majikan terbabit.

Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk proses selanjutny­a dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
MANGSA maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia