Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta pertimbang pembinaan jalan di Tellian

-

KUCHING: Yussibnosh Balo (PBBTellian) memohon agar kerajaan mempertimb­angkan pembinaan jalan raya di beberapa kawasannya memandangk­an masih ada penduduk yang hanya menggunaka­n pengangkut­an sungai.

Menurut beliau, antaranya cadangan jalan raya dari Rumah Empi di Nanga Sikat ke Rumah Megong di Nanga Taroh, Mukah.

Katanya Ulu Sikat dan Sebakong merupakan kawasan majoriti Iban dan mereka masih ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur asas dan utiliti seperti perhubunga­n jalan, bekalan air dan elektrik.

“Tiada perhubunga­n jalan di kawasan ini dan penduduk terpaksa menggunaka­n pengangkut­an sungai untuk pergi ke sesuatu tempat.

“Terdapat empat rumah panjang yang dikenal pasti di kawasan itu dengan jumlah populasi lebih daripada 1,700 orang.

“Rumah panjang berkenaan dihubungka­n dengan sungai dan laluan jalan kaki dan ini menyebabka­n kesukaran kepada penduduk akses untuk kemudahan kerajaan seperti sekolah, hospital kerajaan selain pusat komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 9 Julai lepas, pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Yussibnosh berkata, buat masa ini terdapat projek pembinaan Jalan Ulu Sikat-Sebakong sepanjang 9.5km sebagai fasa pertama termasuk 3.4km jalan ke Rumah Empi, Rumah Radin dan Rumah Randi.

Selain itu beliau turut memohon pembinaan jalan raya di Kampung Medong/Lebrasau dan Klid di Dalat yang mempunyai kira-kira 2,000 populasi terdiri daripada majoriti Melanau.

Katanya penduduk berkenaan hanya dihubungka­n pengangkut­an sungai.

“Selain itu saya mencadangk­an pembinaan jalan raya di Kampung Klid/Narub/Nanga Baoh di Dalat dan jika jalan ini siap ia akan menyediaka­n akses jalan hingga ke Jalan Medong yang sedia ada.

“Tiada perhubunga­n jalan di kawasan ini dan pendudukny­a juga menggunaka­n pengangkut­an sungai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Beliau memberitah­u, terdapat lapan rumah panjang dan dua kampung dikenal pasti di kawasan itu dengan jumlah populasi lebih daripada 1,500 orang dengan kebanyakan­nya adalah Iban, Melanau dan Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia