Utusan Borneo (Sabah)

30 pengedar Malaysia Timur hadiri demonstras­i produk STIHL

-

SIBU: Seramai 30 pengedar produk STIHL dari Malaysia Timur telah menghadiri demonstras­i produk STIHL di Kelab Golf Sibu di sini pada Jumaat.

Eksekutif Kanan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau berkata demonstras­i dihadiri pengedar-pengedar dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

“Pada hari ini (Jumaat) kita melakukan demostrasi untuk produk STIHL seperti mesin memotong rumput, gergaji berantai, penghembus udara serta mesin memotong daun dan ranting yang kini dilengkapi dengan penggunaan kuasa daripada bateri STIHL.

“Produk STIHL kini lebih mesra alam, kurang bunyi, tidak berat dan mudah dikendalik­an oleh pengguna terutamany­a dalam memastikan landskap rumah mereka lebih menarik dan indah,” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengurus Besar (Jabatan Jentera Ringan) KTS Tradings Sdn Bhd Augustine Ling dan Pengurus Kelab Golf Sibu Philip Hii.

Sementara itu, Kevin dan Augustine menyerahka­n tajaan dua unit mesin memotong rumput STIHL kepada Kelab Golf Sibu yang diwakili Kapten Kelab Gold Sibu Peter Chiong dan Setiausaha Roland Ha.

Sebelum ini, Kevin berkata para pengedar STIHL turut menghadiri mesyuarat yang diadakan di Hotel Kingwood pada Khamis lepas.

“Mesyuarat pengedar STIHL diadakan bertujuan memberi penjelasan mengenai perubahan pasaran terkini dan produk baharu STIHL.

“Selain itu, demonstras­i juga bertujuan untuk memberi mereka melihat dan merasai sendiri pengalaman dalam mengendali­kan mesin-mesin keluaran STIHL baharu,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? KEVIN (lapan kiri) dan Augustine (enam kanan) menyerahka­n mesin memotong rumput kepada Kelab Golf Sibu yang diwakili oleh Peter (tujuh kiri) dan Roland (lapan kanan).
KEVIN (lapan kiri) dan Augustine (enam kanan) menyerahka­n mesin memotong rumput kepada Kelab Golf Sibu yang diwakili oleh Peter (tujuh kiri) dan Roland (lapan kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia