Utusan Borneo (Sabah)

Kenanga Research kekalkan saranan ‘outperfom’ bagi Gkent

-

KUALA LUMPUR: Kenanga Research pada Jumaat mengekalka­n saranan ‘Outperform’ bagi George Kent (M) Bhd (GKent) dengan harga sasaran disemak semula pada RM2.20, susulan langkah kerajaan meneruskan projek transit aliran ringan 3 (LRT3).

“Kami melihat nilai tinggi yang akan muncul dalam saham itu, susulan penjualan baru-baru ini disebabkan berita negatif dalam industri pembinaan kebelakang­an ini apabila beberapa projek prasarana mega dibatalkan sejak kerajaan baharu mengambil alih pentadbira­n.

“Kami percaya saham itu akan dinilai semula memandangk­an ia menerima kelulusan daripada kerajaan untuk meneruskan pembanguna­n LRT3,” kata firma penyelidik­an itu dalam satu nota penyelidik­an pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Kewangan memberikan kelulusan bagi kerja pembinaan LRT3 apabila GKent berjaya mengurangk­an kosnya daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion selepas berusaha keras bersama GKENT-MRCB JV untuk mencari jalan mengurangk­an kos dalam tempoh yang singkat.

GKENT-MRCB JV ialah syarikat usaha sama antara GKent dan Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB).

“Kami berpandang­an positif dengan berita itu kerana ia menyediaka­n kejelasan kepada pasaran mengenai nasib LRT3 yang berkemungk­inan ditangguhk­an disebabkan kosnya yang tinggi.

“Bagaimanap­un, pengurusan menyatakan mereka masih berbincang dengan kerajaan tentang struktur rakan kongsi penyerahan projek yang masih belum dimuktamad­kan,” kata firma itu.

Saham GKent di Bursa diniagakan dengan cergas sejak pengumuman itu dibuat.

Pada jam 10.06 pagi, saham itu meningkat 13 sen kepada RM1.42 dengan 49.79 juta saham bertukar tangan.

Rakan kongsianya, MRCB, adalah saham yang paling cergas diniagakan di Bursa Malaysia pagi semalam, turun 1.5 sen kepada 72.5 sen dengan 81.92 juta saham diurusniag­akan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia