Utusan Borneo (Sabah)

ASEAN perlu lihat semula dasar ekonomi digital transforma­tif

-

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu melihat semula pelbagai inisiatif dasarnya, termasuk dasar perdaganga­n dan pelaburan, sebagai respons kepada ekonomi digital transforma­tif, menurut CIMB ASEAN Research Institute (CARI).

Ia juga berkata menangani cabaran dalam pelaburan infrastruk­tur telekomuni­kasi dan digital penting untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana di ASEAN diintegras­ikan dengan rantaian nilai global.

Ini walaupun unjuran ekonomi digital akan menambah US$1 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN menjelang 2025.

Dalam mengkaji semula inisiatif dasarnya, ASEAN juga perlu menangani potensi impak ketidaksam­aan digital susulan jurang digital dalam kalangan negara anggota ASEAN dan rakyatnya, katanya dalam kenyataan.

“Ekonomi digital adalah transforma­tif. Bagaimanap­un, kita perlu memastikan ia juga inklusif.

“Jangan lupa globalisas­i juga transforma­tif. Bagaimanap­un, ia menyebabka­n ramai orang ketinggala­n dari segi pendapatan dan pekerjaan, polarisasi masyarakat di kebanyakan negara,” kata Tan Sri Dr Munir Majid, Pengerusi, CIMB ASEAN Research Institute dan Presiden ASEAN Business Club.

Sementara itu, Richard Bolwijn, Ketua Cawangan Penyelidik­an Pelaburan, Bahagian Pelaburan dan Perusahaan, UNCTAD, berkata pelaburan dalam ekonomi digital bukan hanya mengenai perbelanja­an modal oleh syarikat telekomuni­kasi.

“Syarikat industri tradisiona­l juga perlu melabur dalam penggunaan teknologi digital, berikutan industri yang paling terjejas disebabkan Internet biasanya yang mengabaika­n pelaburan asing, seperti pengangkut­an dan perkhidmat­an terkumpul,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia