Utusan Borneo (Sabah)

Unit IHH cadang langgan 31.1 peratus kepentinga­n dalam Fortis

-

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh tidak langsung IHH Healthcare Bhd, Northern TK Venture Pte Ltd bercadang melanggan kira-kira 31.1 peratus kepentinga­n dalam rantaian hospital pakar India, Fortis Healthcare Limited pada RM2.35 bilion.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat penjagaan kesihatan itu juga mencadangk­an tawaran terbuka kepada pemegang saham awam Fortis Malar Hospital pada harga seperti ditentukan mengikut peraturan pembelian besar saham dan pengambila­lihan.

“Cadangan itu merupakan peluang IHH untuk memperluas lagi kedudukan pertumbuha­nnya di India, memandangk­an potensi pertumbuha­n yang amat kukuh India susulan peningkata­n permintaan terhadap penjagaan kesihatan swasta berkualiti.

“Ia dijangka mendorong IHH menjadi pengendali hospital pan-India, menguruska­n lebih 5.400 katil di 37 hospital. India merupakan pasaran tempatan keempat IHH selepas kejayaan penentukur­an semula strategi pertumbuha­n IHH di India untuk menumpukan pertumbuha­n tidak organik,” menurut IHH.

IHH berkata pasaran penjagaan kesihatan India dijangka berkembang pesat, memandangk­an Keluaran Dalam Negara Kadar per kapita lebih baik, pertambaha­n penduduk kelas pertengaha­n, peningkata­n kesedaran mengenai insurans kesihatan serta jumlah katil per kapita semasa yang rendah.

Fortis, bersama-sama Malar, peserta hospital swasta pan-India terkemuka di India dengan 34 hospital dan lebih 4,600 katil di seluruh India dan antarabang­sa, berkeduduk­an baik untuk mendapat manfaat daripada pasaran yang semakin baik.

Selain itu, Fortis mempunyai kedudukan kukuh di kebanyakan hab utama di seluruh India seperti Wilayah Ibu Negara Nasional, Mumbai, Bengaluru, Chennai dan Kolkata. “Kami boleh memangkink­an prospek pertumbuha­n Fortis dengan memanfaatk­an rekod prestasi pelaksanaa­nnya yang kukuh, kepakaran operasi, lembaran imbangan yang teguh serta tadbir urus korporat yang baik,” menurut IHH.

Permohonan kepada pihak berkuasa relevan berkaitan cadangan berkenaan dijangka diserahkan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh pengumuman ini.

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan tertakluk kepada semua kelulusan yang diperlukan yang diterima, cadangan itu dijangka selesai pada suku keempat 2018. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia