Utusan Borneo (Sabah)

Pos Malaysia rancang buka beberapa IPC dalam masa panjang

-

SHAH ALAM: Pos Malaysia Bhd merancang untuk membuka beberapa lagi Pusat Bungkusan Bersepadu (IPC) dalam tempoh jangka panjang bagi memenuhi permintaan terhadap perniagaan kurier, ekspres dan bungkusann­ya (CEP) yang semakin meningkat tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al-Ishsal Ishak berkata pihaknya sedang menunggu hasil laporan kajian yang akan diumumkan pada hujung Julai ini bagi menilai potensi pertumbuha­n dan aliran e-Dagang di lokasi terpilih sebelum melaksanak­an pelan pembanguna­n kemudahan dan penghantar­an IPC.

“Kami mungkin membuka IPC 3 dan 4 di lokasi seperti di Wilayah Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak, bergantung kepada hasil laporan itu kelak,” kata Al-Ishsal kepada pemberita pada majlis pelancaran projek penambahan kapasiti IPC di sini Jumaat.

Pos Malaysia kini mempunyai sebuah IPC di Shah Alam dan bakal membuka I P C di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada suku kedua 2019.

Beliau berkata Pos Malaysia menyediaka­n kira-kira RM60 juta pelaburan bagi sesebuah IPC, bergantung kepada saiz dan kos pembinaan, dengan purata kapasiti antara 150, 000 dan 200,000 item barangan sehari.

Al-Ishsal berkata untuk IPC Shah Alam dan KLIA, Pos Malaysia melabur kira-kira RM120 juta, termasuk kos penambahan kapasiti di IPC 1 di Shah Alam.

Sementara itu, Pos Malaysia melancarka­n projek penambahan kapasiti di IPC Shah Alam dengan kos kirakira RM50 juta menerusi projek penambahan kapasiti IPC.

Al-Ishsal berkata projek itu akan meningkatk­an lagi kapasiti pusat terbabit kepada 150 peratus iaitu daripada 112,000 item kepada 300,000 item sehari.

Menurutnya langkah Pos Malaysia menambah kapasiti IPC itu didorong oleh CEP domestik yang mencatatka­n prestasi positif pada kadar pertumbuha­n 19 peratus setahun sejak lima tahun lepas, dipacu oleh segmen e-Dagang, dan trend itu dijangka terus meningkat pada masa depan.

“Kami jangka mampu untuk meningkatk­an jumlah penghantar­an kepada 500,000 item melalui kapasiti IPC di Shah Alam dan KLIA pada tahun depan,” katanya.

IPC ialah kemudahan pengisihan bungkusan automatik Pos Malaysia yang merupakan pusat pemprosesa­n automatik pertama di rantau Asia Tenggara yang menggunaka­n peralatan dan teknologi ‘cross-belt’ terkini. - Bernama

 ?? Reuters ?? CARI REZEKI... Seorang wanita membawa bersama anaknya ketika menjual gula-gula di tepi sebatang jalan di Lima, Peru pada 12 Julai. -
Reuters CARI REZEKI... Seorang wanita membawa bersama anaknya ketika menjual gula-gula di tepi sebatang jalan di Lima, Peru pada 12 Julai. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia