Utusan Borneo (Sabah)

Pencalonan Emmy dijangka kembalikan calon-calon kegemaran masa lalu

-

PEMERHATI industri televisyen menjangka pemenang pada masa lalu akan menghidupk­an semula keagungan lama pada Khamis apabila musim anugerah di Hollywood bermula dengan pengumuman bagi pencalonan Emmy.

Ahli Television Academy seramai lebih 22,000 orang diberi masa dua minggu pada Jun lepas untuk meneliti beberapa ribu penyertaan yang sesak bagi versi skrin kecil untuk anugerah Oscar.

Pengkritik bersetuju tahun ini bukan tahun vintaj untuk TV baharu, kerana sangat sedikit program yang berjaya. Walaupun demikian, siri-siri kegemaran abadi pada amnya telah berjaya dan medium itu terus mengatasi panggung dari segi inovasi.

“Sebagai seseorang yang secara tradisi lebih meminati filem berbanding TV, kekayaan landskap skrin kecil pada hari ini benarbenar mengujakan saya,” kata penerbit dan wartawan hiburan Hollywood, Simon Thompson, kepada AFP.

“Mengambil risiko adalah perkara yang Hollywood masih ragu-ragu hendak buat, dan setakat ini, ia membuahkan hasil.”

Pakar berkata sementara siri kesayangan anugerah yang malar segar seperti ‘Saturday Night Live’ diramal akan memenangi kebanyakan trofi pada September, pertanding­an untuk pencalonan terbanyak masih di awang-awangan.

Anugerah Emmy mengiktira­f program yang disiarkan dalam tempoh 12 bulan sehingga 31 Mei, yang bermakna beberapa siri popular tidak ada, daripada ‘Better Call Saul’ hingga kepada ‘House of Cards’ dan ‘Veep’, iaitu programpro­gram yang telah menerima hampir 100 pencalonan pada keseluruha­nnya.

‘House of Cards’ terbitan Netflix telah merendahka­n profil sejak bintangnya yang juga pemenang dua anugerah Oscar, Kevin Spacey, terjebak dalam skandal salah laku seksual di Hollywood, dan akan kembali pada tahun depan tanpa bintangnya.

‘Game of Thrones’ terbitan HBO mencipta sejarah televisyen pada 2016, untuk menjadi program fiksyen paling berjaya sejak anugerah itu bermula hampir tujuh dekad lalu, dan kembali selepas setahun tidak bersiaran.

Itu bermakna juara drama bertahan dari 2016 akan dilagakan dengan pemenang tahun lepas, siri sains fiksyen distopian Hulu ‘The Handmaid’s Tale’, yang juga merupakan calon pilihan bagi 2018.

Pencalonan lain lebih berkemungk­inan datang dari drama keluarga terbitan NBC ‘This Is Us’ dan siri koboi sains fiksyen gelap terbitan HBO ‘Westworld’, siri-siri hit Netflix ‘Stranger Things’ dan ‘The Crown’, dan siri perisikan Perang Dingin terbitan FX ‘The Americans’.

Seperti selama ini, kategori yang mempunyai paling ramai bintang adalah kategori pelakon lelaki terbaik dalam siri terhad atau filem TV.

Calon-calon termasuk Al Pacino (‘Paterno’), Kyle MacLachlan (‘Twin Peaks’), Benedict Cumberbatc­h (‘Patrick Melrose’) and Michael B. Jordan (‘Fahrenheit 451’).

Taruhan awal bagi kemenangan pada September nanti ialah wajah yang tidak begitu dikenali, Darren Criss (‘The Assassinat­ion of Gianni Versace’).

‘Versace’ merupakan satu daripada beberapa calon serius pada tahun ini yang dapat mendakwa bahawa ia adalah baharu sama sekali, walaupun ia adalah sebahagian daripada jenama ‘American Crime Story’ terbitan FX dari minda teras utama di anugerah Emmy, Ryan Murphy.

Susulan kepada filem yang menerima pujian ‘The People v. O. J. Simpson’ (2016) dijangka mendominas­i pertanding­an lakonan di kalangan filem TV dan siri terhad – dengan Penelope Cruz, Judith Light dan Edgar Ramirez yang turut mengharapk­an pencalonan.

Ketiadaan ‘Veep’ dilihat sebagai udara segar oleh ramai pengkritik, sejak komedi HBO dan bintangnya Julia LouisDreyf­us, yang tidak berlakon kebanyakan waktu pada 2017 dan 2018 disebabkan oleh kanser payudara, memenangi anugerah Emmy saban tahun.

Gelaran itu mungkin akan diberikan kepada ‘Atlanta’. Komedi FX yang dicipta dan dibintangi Donald Glover.

Kembali selepas tidak muncul selama dua dekad, ‘Roseanne’ merupakan satu daripada beberapa gambaran tentang kehidupan kelas buruh dalam televisyen Amerika Syarikat dalam tempoh 12 bulan yang lalu, dan juga tentang penyokong Trump yang umumnya tidak dipedulika­n oleh Hollywood.

Namun bintangnya yang berusia 65 tahun Roseanne Barr – seorang penyokong lantang Trump yang telah tweet pandangan pakar teori konspirasi dan haluan kanan ekstrim – digugurkan oleh ABC pada bulan lepas setelah dia membuat kenyataan rasis dalam Twitter.

“Hakikat bahawa begitu ramai orang dalam program itu, di dalam dan di luar skrin, kemungkina­n tidak akan menerima pujian yang sewajarnya disebabkan oleh tindakan Roseanne Barr benar-benar sayang,” kata Thompson.

Robert Rorke dari akhbar The New York Post percaya satu program yang sudah dikira hilang di bawah radar, siri drama jenayah terbitan BBC Amerika ‘Killing Eve’, sewajarnya menerima undian “kuda gelap” (filem yang merahsiaka­n kehebatann­ya).

“Bintang-bintang Sandra Oh dan Jodie Comer wajar menerima pencalonan aktres utama bagi lakonan mereka yang menyegarka­n dan aneh terutamany­a mengambil kira suspek biasa yang mungkin akan dicalonkan,” katanya.

Undian pusingan kedua berlangsun­g pada Ogos manakala majlis berkenaan akan dipancarka­n secara langsung dari Microsoft Theater di Los Angeles pada 17 September di saluran CBS – yang dihoskan oleh pasangan dari ‘Saturday Night Live’, Colin Jost dan Michael Che. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENARAI calon dalam kategori Siri Drama Terbaik ditunjukka­n di skrin semasa pengumuman pencalonan untuk Anugerah Emmy ke-70. ‘Game Of Thrones’ mendominas­i dengan 22 pencalonan selepas setahun tidak turut serta.
— Gambar AFP SENARAI calon dalam kategori Siri Drama Terbaik ditunjukka­n di skrin semasa pengumuman pencalonan untuk Anugerah Emmy ke-70. ‘Game Of Thrones’ mendominas­i dengan 22 pencalonan selepas setahun tidak turut serta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia