Utusan Borneo (Sabah)

Konsert raya Festival Aidilfitri Matrix bawakan Search, Spider dan Hujan

-

TAMPIL buat pertama kalinya di Bandar Sri Sendayan, beberapa penghibur rock legenda Malaysia telah mengadakan sebuah konsert raya sempena Festival Aidilfitri Matrix di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan (BSS).

Selain itu, festival tersebut juga diadakan sempena ulang tahun ke-21 Matrix Concepts dan lima tahun Matrix sudah disenaraik­an di Bursa Malaysia.

Festival yang dianjurkan oleh Matrix itu bukan sahaja dilaksanak­an untuk mewujudkan ruang dan peluang bagi menghubung­kan dan menguatkan perhubunga­n komuniti, tetapi ia juga wadah untuk Matrix menunjukka­n penghargaa­nnya kepada penduduk BSS di atas sokongan mereka yang luar biasa.

Dihoskan oleh pengacara dan hos televisyen Dato’ AC Mizal, festival ini memukau orang ramai dengan persembaha­n konsert pada jam 9.00 malam oleh dua kumpulan rock berpengaru­h, Search dan Spider, selain sebuah kumpulan indie, Hujan.

Legenda-legenda ini telah menghangat­kan pentas dan menyampaik­an persembaha­n yang tidak dapat dilupakan kepada lebih 6,000 penonton dan warga Negeri Sembilan pada malam itu.

Mengulas mengenai festival itu, Dato’ Haslah berkata, “Sama seperti muzik menyatukan orang, kita harap untuk menyatukan rakyat Malaysia di Festival Aidilfitri ini bukan hanya dengan makanan hebat, muzik hebat dan banyak aktiviti tetapi juga peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Raya ini.”

Menerusi festival ini, pengunjung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti XPark yang menyeronok­kan iaitu ‘Push Bike Race’, ‘Strider Cup Race’, ‘Pump Track Battle’, ‘Team Relay’ dan ‘BMX Track Day’.

Tarikan lain yang ada di Festival Aidilfitri Matrix adalah hidangan raya yang banyak bermula jam 3.00 petang, seperti lemang, rendang daging ayam dan daging lembu, pelbagai kuih-muih tradisiona­l Melayu, mi, cendol ais dan minuman, dan tidak lupa daging bebiri muda panggang yang diperap.

Kegiatan lain yang diadakan adalah Kayuhan Riang Ria Raya bersama Geng Kayuh Nusari (GKN) pada jam 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia