Utusan Borneo (Sabah)

Potensi besar dalam KLIA Aeropolis

MAHB yakin peneraju global minat ambil bahagian bidang penyelengg­araan, pembaikan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melihat potensi besar bagi pengembang­an kargo udara, logistik, aeroangkas­a dan penerbanga­n di KLIA Aeropolis.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Raja Azmi Raja Nazuddin berkata KLIA Aeropolis, sebuah pembanguna­n perdana bandar lapangan terbang dalam lingkungan 100 kilometer persegi dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang adalah sangat menarik kepada para pelabur memandangk­an kawasan tanahnya yang luas yang boleh menampung tiga landasan serta landasan tambahan termasuk terminal baharu.

“Kami mendapat banyak pertanyaan daripada peneraju global yang berminat untuk mengambil bahagian dalam bidang penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kami percaya kerjasama dengan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) akan meningkatk­an keyakinan para pelabur yang akan menghasilk­an sesuatu yang konkrit,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara MAHB dan MIDA di sini semalam.

Raja Azmi menandatan­gani bagi pihak MAHB manakala MI D Adi wakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk N. Rajendran.

Di bawah MoU itu, keduadua pihak akan meneroka potensi bidang kerjasama untuk memudahcar­akan pelaburan langsung asing ke Malaysia, dengan fokus kepada KLIA Aeropolis dan pelaksanaa­n Inisiatif Regenerasi Lapangan Terbang Subang.

KLIA Aeropolis berpusat di sekitar tiga kluster teras, iaitu kargo dan logistik udara, aeroangkas­a dan penerbanga­n, serta mesyuarat, insentif, persidanga­n, pameran termasuk riadah.

Di bawah kluster kargo udara dan logistik, cabang lojistik MAHB dan Alibaba, Cainiao Network, akan membangunk­an Hab eDagang dan Lojistik seluas 24.28 hektar di KLIA Aeropolis sebagai sebahagian daripada Inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital.

Hab eDagang dan Logistics dijangka akan melipatgan­dakan jumlah kargo udara KLIA kepada 1.3 juta tan setahun menjelang 2028 berbanding 700,000 tan setahun sekarang ini.

Pengurus Besar Pembanguna­n Tanah MAHB Randhill Singh berkata dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, tambahan 92.9 meter persegi tanah akan dibangunka­n, yang dapat menampung lima hingga 10 syarikat utama di hab tersebut.

Beliau ketika mengulas mengenai Inisiatif Regenerasi Lapangan Terbang Subang, berkata inisiatif strategik itu akan memulihkan ekosistem lapangan terbang berkenaan, di mana ia akan diposisika­n sebagai lapangan terbang bandar yang aktif, sebagai hub untuk penerbanga­n perniagaan dan ekosistem aeroangkas­a yang lengkap.

“Inisiatif utama dan program promosi telah dirancangk­an untuk menarik syarikat-syarikat aeroangkas­a dan memenuhi kawasan tanah yang diperuntuk­kan. Ia kini sedang berjalan dan kami menjangkak­an Lapangan Terbang Subang akan mencapai ‘kematangan operasi’ menjelang 2025.

Sementara itu, Rajendran berkata industri aeroangkas­a dan penerbanga­n juga akan bertambah rancak memandangk­an rantau ini akan menerima 60 peratus pengeluara­n pesawat bernilai AS$6.1 trilion (AS$1 = RM4.03) dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Katanya, menjelang 2030, sektor MRO diramal untuk menyumbang hasil sebanyak RM20.4 bilion, pembuatan aero (RM21.2 bilion) serta perkhidmat­an kejurutera­an dan reka bentuk (RM13.6 bilion).

Untuk tiga bulan pertama tahun 2018, industri aeroangkas­a mencatatka­n pelaburan yang diluluskan sebanyak RM175.4 juta daripada empat projek pembuatan dan RM8.59 juta daripada satu projek yang lain. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia