Utusan Borneo (Sabah)

Linda Rafar meriahkan Riang Ria Raya Ryanees

-

PADA 6 Julai yang lalu, bertempat di Hotel The Majestic Kuala Lumpur, acara Riang Ria raya Ryanees berlangsun­g meriah dihadiri oleh wakil penjual tudung Ryanees dan para media.

Turut memeriahka­n suasana apabila duta produk tudung Ryanees turut hadir bertemu pemi-nat dan semua yang ada.

Dengan jamuan makan malam yang cukup menyelerak­an, semua yang hadir mengukir senyuman manis apabila turut dihiburkan dengan alunan lagu-lagu dari vokal serak-serak basah Awi Rafael.

Jenama Ryanees adalah berasal dari nama ‘Ryan’ iaitu anak tunggal pengasas Ryanees dan gabungan nama pengasas ‘RinEE’ dan suami pengasas ‘Syahrein’.

Ryan adalah faktor utama Ryanees diwujudkan di mana pengasas berhasrat untuk meninggalk­an legasi Ryanees kepadanya suatu hari nanti.

Ryanees ditubuhkan pada bulan Februari 2016. Operasi perniagaan bermula dari sebuah bilik di SOHO di Shah Alam, Selangor yang agak kecil. Setelah perniagaan semakin berkembang, Ryanees kini beroperasi dari sebuah butik yang juga di Shah Alam, Selangor.

Tagline Ryanees iaitu ‘Hijab for Travelers’ telah didaftarka­n di MyIPO Kuala Lumpur pada 2017.

Hijab Ryanees adalah diperbuat daripada sejenis kain kapas berkait (‘knitted cotton’) yang tidak kedut dan ia merupakan hijab separa segera (‘semi instant’). Cara pemakaian asas adalah sarung dan lilit dan ia tidak memerlukan penggunaan pin dan kerongsang.

Ciri-ciri hijab begini amat sesuai untuk wanita yang mementingk­an kesenangan dan keselesaan dalam pemakaian hijab.

Fokus utama pasaran Ryanees adalah golongan wanita yang gemar melancong di antara umur 25 sehingga 55 tahun.

Untuk tujuan mempromosi­kan dan memperkena­lkan lagi Ryanees, penyanyi dan pelakon Linda Rafar telah diambil sebagai duta Ryanees pada bulan Oktober 2017.

Linda Rafar dipilih kerana beliau masih dikenali ramai dengan jumlah pengikut di laman sosial yang tinggi dan juga kerana peribadi dan rupa paras yang menarik; bersesuaia­n dengan imej wanita berhijab yang mahu diketengah­kan oleh Ryanees.

Linda Rafar juga baru sahaja mengeluark­an single terbarunya ‘Satu Lagi’ beberapa bulan yang lalu yang ditujukan khas untuk arwah anak beliau.

Bersesuaia­n dengan konsep hijab untuk wanita yang gemar melancong, Ryanees telah membawa Linda Rafar ke India pada tahun lepas dan Morocco pada tahun ini untuk tujuan rakaman video dan TV.

Untuk mendapat maklumat lanjut, Ryanees mempunyai media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram di ‘ryanees201­6’.

‘Ryanees Hijab for Travelers’ pula adalah YouTube channel untuk Ryanees.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia