Utusan Borneo (Sabah)

Tiba masa SESB,1B duduk bersama, selesai isu bekalan elektrik

Selesaikan isu pemotongan bekalan elektrik

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu isu pemotongan bekalan elektrik di pusat membeli belah 1Borneo disini diselesaik­an segera.

Ketua Menteri

Beliau berkata kerajaan negeri menyerahka­n kepada pihak Sabah Electrik Sdn Bhd (SESB) dan pihak pengurusan 1Borneo supaya mengadakan perbincang­an bersama untuk mencari jalan penyelesai­an masalah berkenaan.

“Ia merupakan masalah lama yang tertunggak yang dihadapi oleh 1Borneo, ia sepatutnya diselesaik­an sebelum ini, saya rasa tiba masanya bagi mereka untuk duduk bersama dan menyelesai­kan masalah itu tanpa perlu meminta kerajaan negeri campur tangan,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Mohd Shafie berkata dengan perbincang­an itu diharap akan dapat membantu premis perniagaan di pusat membeli belah itu beroperasi seperti sediakala.

Baru-baru ini SESB telah memotong bekalan elektrik ke pusat membeli belah itu berikutan tunggakan bil elektrik lebih daripada RM8.7 juta.

Pemotongan itu dibuat selepas beberapa notis telah dikeluarka­n terhadap pihak pengurusan 1Borneo namun gagal menjelaska­n bil yang tertunggak.

Dalam perkembang­an lain Mohd Shafie berkata kerajaan akan membuat keputusan dalam jangka masa terdekat mengenai projek Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) di kawasan seluas 348 ekar.

Beliau berkata sebelum projek itu diteruskan beberapa perkara perlu diteliti dengan mengimbang­i kehendak rakyat dan pembanguna­n di Sabah. -Bernama

“Ia merupakan masalah lama yang tertunggak yang dihadapi oleh 1Borneo, ia sepatutnya diselesaik­an sebelum ini, saya rasa tiba masanya bagi mereka untuk duduk bersama dan menyelesai­kan masalah itu tanpa perlu meminta kerajaan negeri campur tangan. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia