Utusan Borneo (Sabah)

Sikap toleransi tidak menjadi masalah kepada rakyat Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Sikap toleransi tidak menjadi masalah kepada rakyat Sabah kerana amalan perpaduan di antara semua kaum sentiasa kukuh.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, sambutan hari raya contohnya, ia kini tidak lagi menjurus kepada perayaan agama tetapi juga seluruh masyarakat Sabah turut meraikan.

“Kita dapat lihat ramai masyarakat berbilang kaum hadir dalam perayaan hari raya, keadaan yang sama turut berlaku kepada perayaan lain seperti Kaamatan, Tahun Baharu Cina, Krismas dan Deepavali.

“Perpaduan ini perlu dikekalkan sampai bila-bila untuk manfaat bersama,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, penting kepada rakyat Sabah untuk mengukuhka­n perpaduan agar semua perancanga­n yang dilakukan kerajaan baharu dapat berjalan lancar.

Katanya, perancanga­n yang dilakukan adalah baik seterusnya boleh dinikmati rakyat Sabah secara keseluruha­n.

“Di Sabah khususnya, isu yang berkaitan penganjur menyediaka­n jamuan untuk majlis-majlis tidak menjadi masalah...baik agama Islam atau agama lain di Sabah, semuanya memahami keadaan ini.

“Apa yang saya bimbang adalah wujud unsur-unsur kurang sihat akan berlaku berikutan isu itu yang mana hakikatnya ianya tidak mendatangk­an masalah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, keadaanber­campur-campur dalam majlis tidak menjadi masalah di Sabah.

Katanya, pihak tuan rumah di sini memang memahami, tetapi perkara yang membimbang­kan adalah terdapat rakan-rakan sama ada media yang aktif dalam cybertrope­r kena bertanggun­gjawab untuk melakukan sesuatu yang baik.

“Jangan bangkitkan isu sensitif kerana ia akan memudaratk­an perpaduan dan akhirnya tidak melancarka­n segala yang dirancangk­an oleh kerajaan baharu.

“Perkara seumpamany­a tidak berlaku kerana ia hanya persepsi sahaja... hakikatnya di Sabah sangat memahami di antara satu sama lain sejak sebelum kemerdekaa­n dicapai,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat serta tetamu kehormat yang lain.

DARI MUKA DEPAN

 ??  ?? KETUA Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Dato Hisham Fatah (tiga kiri) dan rombongan bergambar bersama Jaujan (dua kanan) sambil menunjukka­n simbol Warisan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Timbalan Ketua Menteri itu pada Sabtu.
KETUA Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Dato Hisham Fatah (tiga kiri) dan rombongan bergambar bersama Jaujan (dua kanan) sambil menunjukka­n simbol Warisan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Timbalan Ketua Menteri itu pada Sabtu.
 ??  ?? SHAFIE (kanan) ketika bercakap pada sidang media yang berlangsun­g di salah sebuah hotel terkenal di Kota Kinabalu pada Sabtu.
SHAFIE (kanan) ketika bercakap pada sidang media yang berlangsun­g di salah sebuah hotel terkenal di Kota Kinabalu pada Sabtu.
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Jaujan Sambakong (tiga kiri) bersama rombongan DAP iaitu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong (empat kiri) dan ADUN Elopura Calvin Chong (dua kiri) dan lain semasa Rumah Terbuka Hari Raya beliau.
TIMBALAN Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Jaujan Sambakong (tiga kiri) bersama rombongan DAP iaitu Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong (empat kiri) dan ADUN Elopura Calvin Chong (dua kiri) dan lain semasa Rumah Terbuka Hari Raya beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia