Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sepanggar tidak perlu bimbang catuan air

-

KOTA KINABALU: Makluman gangguan air selama dua bulan di kawasan sekitar Sepanggar dan Karambunai yang dikeluarka­n oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diharapkan tidak memberikan kebimbanga­n kepada masyarakat.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah Azhar Datuk Mattusin berkata, catuan yang dilakukan adalah disebabkan oleh aktiviti pembanguna­n dan kerja-kerja tanah.

“Apabila kerja-kerja itu terlalu agresif dilakukan, ia menyebabka­n air keruh terutamany­a di kawasan bandar yang akan menjejaska­n pampam air yang mempunyai jangka hayat pendek.

AZHAR bersama tetamu kehormat yang turut hadir dalam rumah terbuka itu.

“Apa yang dilakukan sekarang ini ialah kerjakerja penaiktara­fan dan kerja penambahan pasir penapis Loji Rawatan Air Telibong II.

“Mereka tidak akan terus potong dalam tempoh dua bulan, tetapi akan dilakukan secara berperingk­at, mungkin akan ada sedikit kekurangan bekalan air.

“InshaAllah ia tidak seteruk seperti yang digembar gemburkan kerana kerja kerja ini dilakukan untuk kebaikan semua dan itulah usaha kerajaan yang ada pada hari ini,”katanya.

Tambahnya, pihak Jabatan Air juga banyak memberikan kerjasama dan pernah menghantar­kan bantuan sebanyak empat lori tangki dengan segera apabila beberapa kampung terputus bekalan air sebelum ini.

Azhar ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri N12 Karambunai yang berlangsun­g di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Likas pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Aziz Jamman merangkap anggota Parlimen Sepanggar.

Azhar menzahirka­n rasa gembira dengan sambutan ramai yang menghadiri majlis tersebut dan ia dijadikan wadah untuknya membalas segala keyakinan yang diberikan kepada mereka berdua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas.

Beliau juga mengambil kesempatan menunjukka­n bakat membuat kuih tradisi Sabah, kuih penjaram di salah satu gerai pada majlis tersebut.-

Unit MAMS, PENERANGAN

 ??  ?? AZHAR menunjukka­n kebolehan membuat ‘penjaram.’
AZHAR menunjukka­n kebolehan membuat ‘penjaram.’
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian.
PERSEMBAHA­N tarian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia