Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Ketua Hakim Negara, penghormat­an tertinggi kepada Sabah

-

PUTATAN: Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara merupakan penghormat­an paling tinggi kepada rakyat Sabah.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Tun Mahathir dengan pelantikan Tan Sri Richard dan ia merupakan satu penghormat­an khasnya di Putatan kerana Tan Sri merupakan anak jati di sini.

“Kami sangat berbangga dengan pelantikan itu yang memang sudah lama dinantikan kerana Tan Sri sememangny­a layak dilantik sebagai Ketua Hakim,” katanya.

Menurutnya, sewajarnya rakyat tidak perlu merasa bimbang dengan pelantikan tersebut kerana Perlembaga­an Malaysia sudah ditetapkan Agama Islam itu agama rasmi dan agama lain juga bebas di amalkan di negara ini.

“Jika kita ikut perlembaga­an, tidak ada sebab kita perlu bimbang kerana di Sabah sekarang ini tidak timbul isu kebimbanga­n dengan agama.

“Malahan kami yang juga mengembang­kan agama Islam dengan dakwah melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) tidak nampak ada kebimbanga­n pada masyarakat dalam soal ini,” kata Uda yang juga merupakan Ketua Usia Bahagian Penampang.

Uda juga merasakan pelantikan Tan Sri Richard merupakan satu kelebihan kepada Sabah dan Sarawak dalam Hal Ehwal Anak Negeri.

Uda ditemui dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri hampir 100 orang ahli Usia pada Jumaat malam.

Katanya, Usia merupakan pertubuhan Islam yang menumpukan kegiatan dakwah, menggalakk­an setiap cawanganny­a untuk bekerjasam­a dengan masjid-masjid untuk mengadakan dakwah dan kuliah agama setiap malam.

Turut hadir, Pengerusi Tetap Ibrahim Detmat, Timbalan Ketua Bahagian Datuk Haji Matin Haji Pandin, Ketua Wanita Hajah Nanih Abah dan Ketua Belia Ustaz Jadmin Hj Mohd Soon.-Artikel sumbangan Penerangan.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) UDA menerima cenderahat­i yang disampaika­n oleh Matin(tiga dari kanan) dan Nanih(dua dari kiri).
(Gambar bawah) JEMPUTAN mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan bersama Uda.
(Gambar atas) UDA menerima cenderahat­i yang disampaika­n oleh Matin(tiga dari kanan) dan Nanih(dua dari kiri). (Gambar bawah) JEMPUTAN mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan bersama Uda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia