Utusan Borneo (Sabah)

SESB diminta pertimbang­kan

Pemohonan bayaran RM3 juta dari 1B

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) diminta mempertimb­angkan pemohonan bayaran sebanyak RM3 juta daripada RM5 juta yang ditawarkan sebelum ini bagi menyambung semula bekalan elektrik di Pusat Beli Belah 1Borneo.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Matussin berkata, isu bil elektrik yang tertunggak itu perlu diselesaik­an segera bagi memudahkan penyewa atau pengguna pusat beli belah berkenaan beroperasi seperti biasa.

Katanya, ia juga bagi memberi ‘win-win situation’ kepada semua pihak ekoran masalah itu bukan hanya berpunca daripada pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan.

“Perkara ini adalah lanjutan dari terdahulu (kerajaan dahulu)..kenapa bekalan elektrik tidak diputuskan sewaktu bil masih rendah. Jadi saya tidak setuju sekiranya kesalahan ditunding kepada satu pihak sahaja.

“Kalau dulu masih rendah bil tertunggak, saya rasa tiada masalah untuk diselesaik­an pembayaran, tapi sekarang ia mencecah hampir 9 juta... itu menjadi masalah kepada pembayar dan pengguna,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri N.12 Karambunai, di sini pada Sabtu.

Azhar yang juga Adun Karambunai berkata, sekiranya pemohonan itu tidak diluluskan dan pusat beli belah berkenaan ditutup, jumlah bayaran secara langsung tidak diterima oleh syarikat utiliti berkenaan.

Justeru, beliau merayu supaya SESB dalam mempertimb­angkan semula pemohonan berkenaan sebagai semangat kekitaan agar pusat beli belah itu beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menegaskan bahawa permintaan itu bukan bermaksud menyebelah­i pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan, tetapi demi melihat kebajikan penyewa dan pekerja di kompleks terbabit.

Menurutnya, sekiranya masalah itu tidak ditangani secara baik, penyewa atau pekerja di kompleks beli belah 1Borneo akan menjadi mangsa keadaan sekaligus mengakibat­kan kerugian pelbagai pihak.

“Sekiranya kedai-kedai yang ada di pusat beli belah 1Borneo ditutup, maka peluang pekerjaan warga Sabah pasti turut terjejas.

“Kita sebagai pemimpin tidak mahu melihat nasib anak muda Sabah khususnya rakyat Sepanggar kehilangan pekerjaaan, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak baik dan peluang kerja yang terhad di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu, Azis menyeru SESB agar memberi peluang kepada pihak pengurusan 1Borneo yang baharu itu untuk mencari jalan menyelesai­kan pembayaran yang tertunggak.

“Sekurang- kurangnya beri mereka (pihak pengurusan 1Borneo) peluang, mereka sudah meminta tiga bulan percubaan.

“Kalau selama ini pihak pengurusan terdahulu diberi peluang bertahu-tahun, kenapa tiga bulan sahaja tidak diberikan peluang?.

“Selepas ini, sekiranya mereka gagal, kami akur dan terpulang kepada mereka (SESB) untuk mengambil tindakan,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, SESB bertindak memotong bekalan pendingin hawa kerana pihak pengurusan 1Borneo gagal melunaskan baki bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM8.7 juta daripada jumlah keseluruha­n RM9.3 juta.

SESB memotong bekalan pendingin hawa selepas mendapati pengurusan gedung berkenaan hanya membayar hutang sebanyak RM705,000 pada 27 Jun lalu.

Jumlah bil elektrik itu dikatakan tertunggak selama setahun dan tindakan memotong bekalan utiliti adalah termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Isu bil elektrik yang tertunggak itu perlu diselesaik­an segera bagi memudahkan penyewa atau pengguna pusat beli belah berkenaan beroperasi seperti biasa. ” AZHAR MATUSSIN

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia