Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Talasemia Sabah giat kempen tingkat kesedaran masyarakat

-

KOTA BELUD: Persatuan Talasemia Sabah giat menjalanka­n kempen kesedaran bagi meningkatk­an pengetahua­n masyarakat mengenai penyakit itu.

Presidenny­a Francis Mujim berkata persatuan itu bersama Jabatan Kesihatan Negeri dengan sokongan Repsol Oil and Gas Malaysia akan terus mendekati masyarakat dengan harapan dapat mencapai sifar talasemia pada 2030.

“Dianggarka­n tiga hingga lima peratus penduduk Malaysia adalah pembawa penyakit genetik talasemia dan Sabah antara negeri yang mencatatka­n pesakit paling ramai,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Talasemia Sedunia oleh Anggota Parlimen Kota Belud Isnaraissa­h Munirah Majilis, pada Sabtu.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pemegang Amanah Repsol Oil and Gas Malaysia Ahmad Fakhrurraz­i Arshad berkata syarikat minyak dan gas itu menyokong program seperti sambutan Hari Talasemia Sedunia bagi memberi semangat dan dorongan kepada pesakit talasemia untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Isnaraissa­h menggalakk­an masyarakat menderma darah bagi membantu pesakit talasemia yang memerlukan rawatan pemindahan darah setiap bulan.

“Pesakit talasemia, yang juga penyakit keturunan kekurangan darah, khususnya dalam kalangan pasangan berkahwin, boleh dikurangka­n dengan menjalani ujian saringan kesihatan sebelum berkahwin untuk memastikan status pasangan, seterusnya mencegah daripada melahirkan anak yang mewarisi penyakit tersebut,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia